Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan jejak Tahun Baru Islam pada tahun ni. Syukur sangat2 sebab leh lagi bernafas kan di bumi Allah ni? Eh... korang baca tak tadi doa akhir & awal tahun ni? Ehem ehem... baca tak ni?? Yang baca tu bagus lah kan macam mummy ni. Bagus ke? Meme arrr!! haha Dah yang tak baca tu guane? guane cite boh? Rugi beso lah jawabnye! Tau tak baca doa ni banyak fadhilatnye??
Di akhir waktu Asar tadi atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah bersamaan (Sabtu 29 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 December 2011) tadi la kita bacalah doa akhir tahun berikut sebanyak TIGA KALI
Maksudnya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Then selepas waktu Maghrib tadi bersamaan 1 Muharam, kita bacalah doa awal tahun sebanyak tiga kali
Maksudnya:
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".
Mummy mungkin tak berape warak...
tapi mummy cube utk berubah menjadi insan yg lebih baik & muslimah cemerlang...InsyaAllah...
Sem0ga tahun ini lebih baik dari tahun sbelumnya n sm0ga hdup sentiasa d rahmatiNya...
Aminn..
Ya Allah,Ya Tuhanku...
Dalam permulaan tahun yg barakah nie, muliakanlah dan
sayangilah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku.
sayangilah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku.
Bahagiakan hidupnya, sihatkan tubuh badannye, berkati rezekinye, kuatkan imannya,
berikan kekuatan ibadah kpdnya serta jauhkan segala fitnah terhadap dirinya.
Suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh rase kasih sayang tanpa alasan.
AMIN YA ALLAH,AMIN YA RAHIM
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433H :)
0 comments:
Post a Comment