Saturday, November 5, 2011

Anakku Derita Ekzema

...::: ASSALAMUALAIKUM :::...
Anakku Derita Ekzema
Dah lama mummy nak updated entri berkenaan penyakit ni tapi always je tak sempat, so hari ni mummy nak share lah sikit base on pengalaman mummy sendiri berdepan dengan anak mummy, Aqif yang pernah derita penyakit ni. Mummy rasa masih ramai ibu-ibu kat luar yang tak tahu apa sebenarnya ekzema ni kan? Nak-nak ibu-ibu muda macam mummy ni... Eceh... muda ke? haha Mummy sebelum ni pun tak tahu jugak tapi bila dah asyik keluar masuk hospital, dah leh tahu dah la apa sebenarnya penyakit ni. Aqif pulak kena teruk jugak lah. Hati mummy mana yang tak risau. Kadang-kadang buntu, mati akal dah nak usaha apa lagi nak anak sembuh selain doa dari Allah Yang Maha Esa ni...


Apa sebenarnya ekzema ni?

Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.


Macam anak mummy, Aqif ni, dia kena kat muka. Memang macam melecur lah. Tambah lagi gatal-gatal dan berair. Memang kesian sangat. Pernah masa pergi klinik, orang ingat muka Aqif melecur sebab kena air panas. Bayanglah derita si kecil ni. Setiap masa asyik menggaru je. Bangun pagi je penuh darah dekat sarung tangan dia (terpaksa pakaikan sarung tangan nak elak luka lagi teruk kesan dari garu) Kulit kepala pulak berkerak-kerak. Patutlah pelik, kenapa lah kepala anak aku ni tak hilang-hilang keraknya. Kan biasanya baby bile lahir ade kerak kepala kan? Tapi Aqif ni sampai 4 bulan pun masih jugak ade. 5 kali botak dah!

Mummy pernah kecil hati masa ondaway balik kat airport pas Raya Puasa lepas. Ada pelancong dari Jepun kot, ntah la, kot-kot China ke sebab muka memang macam apek la kan... Masa sampai dekat ngan tempat menunggung tu, kan ade kerusi banyak2 kan, dia tengok Aqif dengan pandangan jijik sgt! Geram sangat2! Igt anak aku ni ade AIDS ke sampai ko jeling-jeling jijik macam tu? Kecik hati tau! Tapi mummy sabar je. Memang dah nak menitis airmata ni. Dan dan dia bangun nak blah dari situ sambil sempat lagi jeling tak puas hati! Ala..pergi lah.. ada aku kesah? lagipun makin sakit hati je tengok ko kan... EKZEMA BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT OKEY! TOLONGLAH JAGA HATI MUMMY-MUMMY MACAM KAMI NIH!

Apa pulak penyebab ekzema ni?
Mesti ramai tertanya-tanya apa penyebab sebenarnya ekzema ni kan? Ni lah antara penyebab-penyebabnya.
  • Keturunan. (Mummy ada alergik + Daddy ada resdung = Aqif ada Ekzema!)
  • Alahan (Contohnya habuk, debu, cuaca panas)
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus. (Aqif dari seawal sebulan dah kena jangkitan kuman di telinga)
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
(Mummy yang breastfeeding tu sila alert bab pemakanan ni. Jangan 'Mummy rasa Anak derita'. Al maklum lah semua yg kita makan akan terus tersalur pada anak kan? Macam aku yang degil ni. Kesian dekat anak. Aku suka 'try & error', so dari situ aku tahu apa yang aku boleh makan & tak boleh. Yang penting kena tahan telinga lah kena berleter & marah ngan mak, mak mentua & sape lagi kalu bukan My Zorro kan sebab bila 'error' kompem-kompem lah baby baby baby yang jadi mangsa! Sorry ye sayang! Ampun!

KATAKAN TIDAK !!!
bye-bye ikan pebretku!
i terpaksa lupakan u demi anak i yg tersayang ni!
bile dh xde u, xde mood dh i nk mkn nasi dagang!
pengorbanan!
SEAFOOD TERUTAMANYA UDANG!!
CUBALAH KALU BERANI!!

KURANGKAN MAKAN KEKACANG, PRODUK TENUSU SEPERTI KEJU/CHEESE (PEBRET MUMMY JUGAK!), TELUR & SUSU LEMBU (Aqif alergik susu lembu. Kena minum susu cap gantung je. Kau ada?? hhahaha)

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema? 
Ekzema kelihatan seperti :

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, kepala dan kaki
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Contoh ekzema
Nampak merah & berair kat telinga Aqif tu? Tu dia kena jangkitan kuman.
Bila dah kena jangkitan kuman tu, jadi ekzema lagi senang merebak.
Sedikit merebak. Biasanya di area mulut, pipi & mata
Makin merebak. Macam melecur dah muka kesayangan mummy nih!
Tahap KRONIK dah.
Ni pun lepas berubat kampung bila pergi jupe doktor still tak jadi.
Mak cakap mungkin kuman-kuman sedang keluar tu yg nampak teruk tu! huhu 


Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan? 
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman


PERHATIAN!!!


Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan



Bagaimana cara kita boleh menolong anak kita?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Ni cara aku lah masa Aqif sebulan lebih dulu. Aku ikut cara orang-orang tua dulu.
Sapu kan badan anak dengan bedak sejuk yg orang tempek kat muka tu.
Tapi bedak ni Bidan Kampung dah siap ayat dah sikit-sikit. Dia campur sekali ngan kunyit hidup + doa.
Boleh kurangkan anak gatal-gatal & cantikkan kulit. Hehe

Itulah sedikit sebanyak yg aku leh share ngan korang. Kalu nak cite ape yg mummy rasa mmg sampai esok pun tak abis kan. Yang penting korang kena tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kecil ni. Ingatlah masih ada lagi ujian yg hebat yg Allah bagi pada mereka yg lain yg kompem-kompem kita mungkin tak setabah mereka kan. Seharusnya kita bersyukur lah Jangan merungut okey! Mummy perlu kuat! Chaiyok!!

Alhamdulillah, sekarang Aqif dah 7 bulan dan dah hampir 90% sembuh. Berkat doa keluarga dan usaha doktor. Aku bawak Aqif gi klinik pakar kulit! Kopak memang kopak tapi bile soal anak kire gasak lah!


SUMBER: Info Sihat

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites