.....ASSALAMUALAIKUM.....
Cuaca pagi ni redup je. Hujan pulak renyai-renyai. Sejuk nyaman terasa. Qizeqi masih lagi dibuai tidur yang lena. Tidurlah anakku... Tadi bukak FB. Macam biasalah rutin harian tu. Tiba-tiba dapat tag dari adik aku, Imran. Dia share satu warkah tentang AYAH. Teruslah berderai airmataa aku nih! Dah lah mood rindu sedang berbunga-bunga! Serius aku rindu sangat2 kat ayah! Huhuhu Bila duk jauh-jauh mcm ni rasa rindu tu mmg lain mcm sikit.
Biasanya kami Webcam je! Yelah, ayah nak tengok cucu die katanya Tapi aku agak ayah sebenarnya rindu nak tengok aku jugak! kan ayah? Tak tahu lah aku perasaan atau ape tapi pernah bila aku webcam ngan ayah, aku nampak mata ayah merah-merah macam orang tahan mata dari menangis. Ayah gosok-gosok mata kononnya mata masuk habuk lah tu padahal ayah mesti rindu aku jugak kan? Aku tak sanggup nak tengok ayah menangis. Hati aku cepat merundum bila tengok wajah ayah begitu. Sayangnya aku kat ayah hanya Tuhan saja yg tahu! Bersyukur kerna masih lagi diberi peluang merasai kasih sayang seorang ayah even jauh pon kasih sayang tu tetap sampai!
Takleh bayang jika nikmat itu Tuhan amek sedangkan semua itu mmg pinjaman dari Allah saja. Dan mereka yg dah takde ayah tu macam My Zorro, masih terdengar-dengar lagi tangisan dari My Zorro saat dia khabarkan berita kematian ayahnya lebih kurang 5 tahun lepas, (tak sempat merasa kasih sayang ayah mentua) moga ditabahkan hati menempuhi hari-hari tanpa kehadiran insan bergelar ayah. Yang masih ada ayah tu macam aku ni, sila lah hargai kewujudannya. Jangan sampai bila ayah dah takde baru lah terhegeh-hegeh nak ayah! memang pantang ngan manusia macamni! Ok lah... Meh baca sama-sama warkah yang adik aku share tadi tuh...
p/s: sediakan tisu sebelum basah!
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau...
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya... Saat kamu berjaya... Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu... Ayah akan tersenyum dengan bangga...
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya... Dan akhirnya... Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya... ayah pun tersenyum bahagia...
Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik... Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"...
Setelah ini ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk... Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita...
Wallahualam...
Ayah, Apa Yang Ayah Tak Tahu Tentang Seorang Anak bernama Sarah Nadia...
Apakah ayah tahu ketika putrinya sedang membaca warkah ini, putrinya sedang menitiskan airmatanya kerana terlalu rindukan ayahnya,
Apakah ayah tahu ketika putrinya menangis di majlis pernikahannya kerana putrinya tidak sanggup meninggalkan ayahnya dan masih mahu ayahnya menjaganya seperti ketika masih kecil...huhuhu
Ayahku, AZMI BIN NGAH Ayah, Kakyah Sayang Ayah! |
- THE END -
0 comments:
Post a Comment