This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Info Bayi. Show all posts
Showing posts with label Info Bayi. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif??




Selalu anak-anak kecil yang tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif. Benarkah mereka ini hyperaktif atau sebenarnya hanya aktif dan pelajar kinesthatik (belajar dgn cara membuat).

Anak kecil sememangnya aktif kerana mereka tidak ada beban emosi yang menghantui mereka. Badan mereka juga kecil untuk mereka bawa ke sana ke mari. Jadi untuk mereka bergerak adalah senang dan mudah bagi mereka. Serta mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.

jika anak anda suka bergerak, memanjat, melompat terutamanya lelaki, jangan terlampau cepat menamakan mereka hyperactive child. Hyperactive is a medical condition. Most children are just intelligent and have lots of energy to dispose. So that is why they are very active. : )

Encourage your children to walk, run, jump as much as they need to. And of course before that ensure safety.

Sitting down and reading from books is not the only way children learn.

Wednesday, March 21, 2012

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut umur




Ni jadual memberi makan mengikut umur… boleh dijadikan panduan…. ^_^
Sedih takleh nak apply sangat kat Aqif saya sebab dia taknak makan!!!!! 
Adoyai..... Air tangan saya sudah kering kah???? T_T sob sob sob....

Masa usia 6 Bulan 
Mula menerima makanan pepejal.

Yang Sesuai?
Makanan lembut

* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.

Kekerapan? 
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa usia 7- 8 Bulan 
Mula belajar mengunyah

Yang Sesuai?
Makanan lembut

* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
– Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.

Kekerapan?
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan.
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa Usia 9-11 Bulan
Makan sendiri

Yang Sesuai?
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.

* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
– kacang panggang dan tauhu

Kekerapan?
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Masa Usia 1-2 Tahun 
Makan sendiri

Yang Sesuai?
Makanan keluarga yang diubahsuai

* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.

Kekerapan?
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.


Saturday, March 17, 2012

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!



Mami sayang Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul!!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Hargailah setiap saat anda bersama anak anda! 

Saturday, March 3, 2012

Perkembangan Bayi 11 Bulan



Pewiittt... Salam semua! Sori mori ye sebab lame tak updated! Cite nk story cam banyak tapi malas tak sempat nak menaip-naip ni. Jari-jari halus mami ni begitu berat untuk menari-menari atas badan keyboard ni! 

Malam ni nak updated pasal my baby je ni. Pejam celik pejam celik dah 11 bulan anak teruna mami ni... 23hb ni 12 bulan lah bermakna genap setahun saya bergelar mami. Alhamdulillah... moga diberi kesempatan...

Jom kita tengok perkembangan anak-anak kita okey... Anak anda dan Aqif Rizqi saya...

  • Anak Anda
Berdikari secara fizikal 
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. 

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga. 

  • Aqif Rizqi Saya

Jage-jage mami... Nak buang ni!

Hehhhe.. Suka benor mami bace ayat ngelas tu.... "Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga." Aqif saya memang suka sangat menjatuhkan semua segala mende atas meja dan mengharapkan mami nengutip semula. Dia juga gemar membuang kunci kereta nak-nak time makan kat luar. Yela, orang bagi kunci nak suh die main-main duk diam, tapi dia asyik buang je... Last-last malas nak kutip, gigit jari jelah awak Aqif oii!

  • Anak Anda
Buku untuk si pembaca kecil 
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali. 

  • Aqif Rizqi Saya
Masih bau kedai taim ni... Buku cantik lagi... hehehe
Memang dia ade buku pebret die. Dah lunyai dah pun buku tu.... Kejap-kejap dibuka.. Suka betul bile tengok gambar-gambar kucing binatang dalam tu... First book yang mami beli untuk Aqif dan akhirnya menjadi yang paling digemari... Padahal takde buku lain dah yang mami belikan... kehkehkehkeh...

  • Anak Anda
Membentuk peribadinya sendiri 
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya. 

  • Aqif Rizqi Saya

Adik-beradiknya memang tak la kan... Dengan kawan-kawan mungkin.. Hehehe... Dia memang suka tengok budak-budak lain main. Tapi die tak join pun cuma tolong gelak je dari jauh.. Macam la orang main ngan die. Abis-abis syok die g merangkak je kat budak tu.... Hehehhe Sayangnye anak mami ni!

  • Anak Anda
Tiba masanya untuk menetapkan batasan 
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak. 

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud. 

  • Aqif Rizqi Saya
Tau memanjat jela keje die...
Makin orang cakap 'Jangan' makin die buat. Pahtu boleh pulak senyum-senyum and tunggu respon dari mami dulu. Saje la tu nak orang tengok die nak buat ape. Tapi memang dah paham ape yang orang cakap. Cuma saje nak uji tahap kesabaran mami yang tak berape nak sabar ni! Huhuhu... bila lah mami boleh hilangkan tabiat 'cepat tangan' ni. Sian Aqif asyik kena pukul je.. Pukul2 manje je tau! huhuhu.. Sorry sayangg......

  • Anak Anda
Bercakap tak terhingga 
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya. 

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti. 

  • Aqif Rizqi Saya
Muka kepenatan.... Hehehhe

Yang ni yang syok ni... Lambat jalan sikit pun tapi kalau mulut laju takpe Aqif.. Mami rela je... Mulut die memang tak benti membebel. Ape lah die nak bebelkan tu. Yang mami tangkap Aqif selalu sebut ...."Qif nye... Qif nye...." Jadi mami anggap sebagai "Aqif punye" jela... Nak-nak time orang mintak barang ngan die... Comel je... Pahtu bese sebut "Dap nye... dap nye..." Sedap nye kot.... Waktu suap makan... hahha.. Sedap la sangat sampai 2 3 suap terus stop! Geram betol nak bagi makan kat die ni! Last-last masuk mulut mami jugak! huhuhuhu.... Dan Aqif paling gemar main sorok-sorok belakang laptop mami... pahtu suh mami cari die... heheh... Ade r muke budak duk mengintai2 disebalik laptop... Nakal!

So, hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Thursday, February 16, 2012

Jadual Menentukan Jantina Anak Anda



Mami ada jumpa satu lagi ni artikel pasal nak anak perempuan ke, nak anak laki. Memang menurut kajian, terbukti gak la dalam 80 peratus. Tapi korang try-try la cek dulu, betul ke tak. Jadi ke tak. Jangan taksub sangat okey. Kita layan suke-suke je...

Meh nak terang sikit bagi yang 1st time tengok mende alah ni. Nampak tak jadual ni ade dua elemen subjek iaitu Umur Isteri Anda (Row-Melintang) & Bulan Mula Mengandung (Column-Menegak). 


Korang tengok contoh ni :
Umur mami masa mengandungkan Aqif = 24
Bulan mula mengandung = Jun
Result = M = Male = Aqif Rizqi lah! hehe
Paham tak lagi??

Korang try la jadual nie.. Kalu rase ianya benar, benarlah. Kalu rase jadual ini silap, maka jangan salahkan sesiapa kerana ini hanya kajian manusia. Kita merancang, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.. 

- Sekian -

notakaki: Tahun depan mami 26, nak baby gurl means bulan Februari dah leh start dah projek ni. Hahaha

Tips Hamil Anak Perempuan






Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender


Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article : 
Sang isteri mahupun sang suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh sang isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-


KALENDAR KESUBURAN BULANAN 
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.

Sekian... Nak tengok jadual boleh usha-usha kat sini. Klik sampai lebam okey!


notakaki: Tips ini hanya untuk mereka yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA! Dan ingat tau kawan-kawan... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan... Time Aqif dulu, mami main niat je... hahaha

Thursday, February 9, 2012

Perkembangan Bayi 10 Bulan




Melakukan pergerakan yang lebih banyak
  • Bayi Anda
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
  • Aqif Rizqi Saya
    Nak pos semenanjung nakal sangat! Tau takot! ~Sila abaikan background belakang!

    Memang memberi saya senaman secukupnya! Aqif dah boleh merangkak dengan lajunya! Ya Allah sekali lepas macam ayam leh keluar dari reban. hehehe Jahat pulak aku same kan anak dgn ayam kan? Ibarat lah! Tu bab merangkak, tak masuk lagi aksi2 berani lepas tangan sambil meniti-niti di kerusi kami ni. Aksi memanjat kerusi tinggi! Agak-agak lebih kurang tinggi lutut mami jugak lah tinggi kerusi tu. Lepas! Berdiri? Dah boleh dah even takde lah lame sgt. Kalu pegang die kaki terus melangkah tak reti nak stop! tu xleh betul2 jalan lagi tu dah lupe diri. Dah dapat kaki nanti paham-paham lah sendiri...


    Memegang dengan jari-jemarinya
    • Bayi Anda
    Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
    • Aqif Rizqi Saya
    Budak rajin~

    Aqif saya minat semut! Die akan tengok binatang tu meliar then ditepuk2 dengan penuh perasaan geram. Arwah semut2 kat umah saya! hehehee... Aqif suka 'mengemas'! Semua yang saya kemas, Aqif akan kemas sekali lagi. Mungkin die tak berkenan kot dengan cara mami kemas rumah. Sampai satu saat, pernah saya biarkan Aqif je mengemas. Mami dah tak larat nak mengemas! Huhuhuhu. Paling penting, 10 bulan baru die nak pandai masukkan barang dalam mulut. Tapi takde lah telan2 lagi. Just rasa2 je... Lapar sangat kot time tu? Die pun dah pandai baling-baling bola kecil yang warna-warni tuh... Apa-apa aje lah Aqif oii!


    Personaliti yang berkembang
    • Bayi Anda
    Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.

    • Aqif Rizqi Saya
    Saya Anti-sosial ke??

    Saya masih tak pasti Aqif dalam golongan mereka yang sosial atau tak. Kadang-kadang dia sangat2 pemalu. Bila jumpa orang yang jarang jumpa, dia akan diam dan lebih suka memerhati dari memberikan sebarang respon hatta sekuntum senyuman sekalipun! Sombong! Itulah biasanya yang Aqif dapat sebab susah sangat nak senyum. Namun, kadang-kadang dia sangat2 mudah tersenyum siap bergelak sakan dengan sesiapa sahaja. Time ni lah mami nak kembang sikit pun bila orang cakap, "cute nye Aqif... Geram rasa nak cubit2 je!" hahaha Ooppss... terlebih pulak!


    Menangani ketakutan bayi anda
    • Bayi Anda
    Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

    • Aqif Rizqi Saya
    Layan Castleville kejap~
    Takut? Aqif saya memang agak penakut orang die. Sebab? Ntah la... bunyi blender, bunyi orang mesin rumput mesti die nanges punya. Nak-nak awal2 dulu. Sekarang boleh la kawal. Abis-abis mata je la terbeliak. haha Bila tengok cerita kartun pun, yang mami perasan ada jugak die takut tengok watak kartun tu. Sampai nak nangis... Tapi kalu Upin Ipin tu menjerit die suka sangat! Macam lah Upin tu cakap ngan die. Cuma jangan lupa ye tenangkan bayi anda! Biasanya mami peluk Aqif dan yakinkan die yang tu bukan ape pun. Jangan takut2 oke! Sayang Aqif!


    Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
    • Bayi Anda
    Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

    Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

    Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

    Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

    • Aqif Rizqi Saya
    Ooppss... Aqif memang si mulut murai! kekadang mami tersasul jugak guna bahasa pelat ni... Bukan pe syok masuk dalam dunia dorang ni. Nasib la tak amal sangat sebab tak digalakkan. Setakat 10bulan ni, Aqif dah boleh tepuk amai-amai... Nyanyi je lagu tu die start lah tepuk tangan. Sebut 'bye-bye' die melambai. Bunyi je motor dedi, terus die merangkak berlari keluar cari dedi. Tapi tak pandai sebut dedi... sebut papa! haha Sebut mama jugak. Tapi sebut 'mi' bile nanges nak susu! pandai ye! 

    Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu~ lalala


    notakaki: Ibu-ibu semua, perkembangan bayi kita tak sama. Jadi jangan cuba sama sekali bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang lain oke! Jangan risau lah selagi anak anda sihat & cergas. Saya akui memang kadang2 kita takleh nak sembunyi rasa cemburu bile tengok anak-anak orang lain cepat berkembang dari anak kita tapi percayalah itu semua akan bagi kesan negatif pada anak. Yang penting kita sokong perkembangan anak kita.

    Aleeya Najla Sophia dah pandai jalan, Aqif Rizqi minggu depan kot?hahaha


    Thursday, January 5, 2012

    Cara Tidurkan Bayi

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم .


    Sejuknya cuaca petang ni. Sejuk sampai ke tulang. Grrr.... Macam pakai air-cond pulak. Patut lena semacam je anak mummy sorang ni tidur. Sambil-sambil cari idea nak buat freebies header untuk korang ni, ecececeh... ade ke yang nak? hahaha sambil-sambil godek-godek lappy mummy ni, terjumpa folder 'Anakku'. 

    Kalau korang seme nak tau, time pregnant kan Aqif aritu, mummy rajin betul cari ilmu pasal baby ni. Kononnya nak tambah pengetahuanlah. Al maklum baru 1st time nak jadi mummy. Sekarang? Sekarang bukan lah tak rajin cuma tak berapa nak rajin je! Hakhakhak Lebih kurang lah kan? Komitmen banyaklah takde masa jugak nak godek-godek ni. Nak buat itu lagi, ini lagi, bla bla bla bla....

    Ni mummy nak share satu tips untuk tidurkan baby. Baby dari newborn sampai 12bulan boleh lah nak ikut. Yang tak nak pun takpe. Serius mummy tak terasa hati pun! Mummy pun dah lupa dari mana entah ambil artikel ni. Sorry ye tuan punya artikel. 


    Budak ni kalau dah tidur kat mana-mana pun jadi! 


    Tidurkan bayi

    Bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Keperluan tidur untuk bayi baru lahir hingga usia dua bulan adalah antara 10.5 hingga 18 jam sehari. Sementara bagi bayi usia dua hingga 12 bulan, jumlah tidur yang diperlukan antara 14 hingga 15 jam sehari.

    Sebelum itu anda perlu mengenali sifat tidur si kecil agar memudahkan proses mendodoi seterusnya menidurkannya. Biasanya pola tidur tidak teratur berlaku di kalangan bayi usia enam hingga lapan minggu. 
    Bayi yang sudah melepasi tempoh berpantang iaitu dua bulan ke atas mempunyai pola tidur yang agar teratur.
    1. Selesanya katil
    Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur. Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya. 
    2. Masa untuk tidur
    Ciptakan jadual tidur yang teratur secara rutin. Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap, maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur. Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama. 
    3. Bersihkan badan dulu
    Badan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya. Pastikan anda sudah memandikan bayi, menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya. 
    4. Mari menyusu
    Aktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil. Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya. 
    5. Tepuk dan dodoi
    Bayi suka mendengar irama lembut didodoikan ketika mata hendak terlena. Apatah lagi jika diiringi dengan tepukan lembut di punggungnya. 
    6. Ingatan waktu tidur
    Untuk mencipta rutin tidur bayi, sentiasa ingatkannya sudah tiba masa untuk tidur. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Adik, sudah tiba masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam’. 
    7. Bermain seketika
    Berseronok dan bergurau dengan si kecil boleh membuatkan dia letih dan sekaligus memudahkan untuknya tidur. 
    8. Guna penanda
    Tiada salahnya menggunakan prop tertentu bagi menandakan sudah tiba masa untuk tidur. Membaca buku misalnya boleh mengasyikkan si kecil dan dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.

    Selamat mencuba ye ibu-ibu semua. Aqif Alhamdulillah... 
    Bab tidur memang mudah nak-nak bila mummy cuba tips ni... Hehehe

    Thursday, December 1, 2011

    Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-Kanak


    MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.

    Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

    Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

    Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

    Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

    Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

    Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.

    Kepelbagaian muzik

    Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

    “Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

    Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

    Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.

    91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

    Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

    Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

    Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.
    Perasaan

    Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

    Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

    Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

    Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

    Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

    Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.

    Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

    Otak kiri

    Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

    Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

    Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

    Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

    Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

    John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa…Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.”

    Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

    Di dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (“Does music make us smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.

    Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

    Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

    Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

    Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

    Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

    Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.


    SUMBER: Mead Johnson Nutritionals

    Cute Gummy Bear For Your Baby

    Hai mummy semua! Anak2 dah tidur ke? Dah pukul bape dah ni kan? Aqif mummy ni bese la kan masih aktif lagi ni duk menilik majalah-majalah dedi die sambil2 menjelajah segenap pelusuk bilik. Kadang-kadang tak tahu nak hiburkan baby kita ni macamne kan? Sian gak macam bosan je mummy tengok Aqif ni. Nak ajar blogging tak buleh lagi. Kalau la boleh kan?? Ahaks!

    2 hari lepas klu tak silap, sayang mummy, ebu Ijah ade buat special dedicated untuk mummy lagu baby ni tau! Sonok sangat2! Mesti Amani duk terloncat-loncat macam Aqif bile dengar lagu ni kan? Aqif betol2 tergedik-gedik taim layan lagu ni. Mummy pasang yang lain siap marah lagi menanges sekali! Dedi pun siap sound lagi " Takdok lagu lain ke? Kat 30x doh pasang lagu tule!" Hehheehe Sori r dedi... Bukan salah mummy! Aqif ni suke sangat lagu ni! 

    Atceli, selain pasang lagu-lagu ketuhanan & zikir-zikir tu, tak salah jugak sekali sekale pasang lagu ni utk baby kita. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.So, leh kembangkan otak anak kita jugak sambil layan telatah anak2 yg sangat menggedik & menghiburkan tuh!  JOM KITA LAYAN SAMA-SAMA OKE! Anak tu jangan lupa packing awal-awal dulu depan pc / lappy tu before play! Let's FUN oke!


    "Sangat Praktikal Di Pasang Ketika Anak Sedang Membuat Perangai"
    "SELAMAT MENCUBA"

    Sunday, November 27, 2011

    Marilah BERMAIN!

    Perhatikan anak-anak anda. Kuat tak mereka bermain?? Aqif saya memang kuat bermain! Mungkin sebab anak lelaki kot? Anak lelaki lebih banyak mainnya berbanding anak perempuan. Korang tau tak yang bermain adalah satu cara bayi dan kanak-kanak mengembangkan deria rangsangan mereka? Deria rangsangan terhadap dunia dan deria rangsangan yang dapat buat mereka menyesuaikan diri.

    Ianya bermula dengan anda semasa mereka membesar. Jadi, luaskan permainan mereka dengan alat-alat permainan, objek dan lain-lain bentuk permainan. Aqif saya tak berapa suka dengan mainan-mainan yg saya belikan untuk dia. Dia lebih tertarik dengan 'mouse laptop', kotak tisu, remote tv, hp atau yang seangkatan dengannya. Tapi takpelah selagi dia masih ada minat untuk bermain kan? Jimat jugak duit mummy tak payah pening-pening beli mainan kan even kadang-kadang mummy yang syok lebih tengok baby toys ni kan? haha

    Saya juga selalu bermain beberapa permainan dengan Aqif. Kebiasaannya saya main 'hide & seek' atau orang kita panggil sorok-sorok tapi orang ganu panggil tang nusuk! mummy buatlah cari-cari Aqif mula lah budak kecik ni tercari-cari mana mummy dia bila dengar mummy panggil "mana Aqif Rizqi aaa.." Mummy main 'ba ba cak' jugak! Besenya depan cermin time nak mandi tu. Tersengeh-sengeh tersipu malu lah anak mummy sorang ni. Comey je nak2 nampak gigi 4 batang tu! Dan permainan yang paling Aqif suka adalah main bayang-bayang atau wayang kulit. Macam yang bese aku main kecik-kecik dulu! Kat dinding, kat lantai dia memang seronok tengok bentuk bayang-bayang tu. Hatta, bila keluar jalan malam2, dia sangat kusyuk tengok bayang-bayang kita kat jalan tu!


    Antara bentuk bayang-bayang yang bese mummy buat untuk Aqif Rizqi. Hehehe. Seronok tau! Korang try lah! Pasti anak-anak korang suke! Bermain dengan anak-anak merupakan perkara yang amat manis dan menakjubkan sekali bagi mereka yang bergelar ibu bapa macam kita ni lah. Ianya adalah satu bahagian penting cara bayi dan kanak-kanak membesar dan belajar.

    Masa yang diluangkan semata-mata untuk berseronok bersama-sama dengan anak-anak. Tapi sebenarnya selain itu

    • kita menyediakan pelbagai jenis peluang pembelajaran buat mereka
    • kita juga membantu anak belajar untuk percaya dan bergantung kepada ibu bapa
    • turut menjadikan anak berasa selesa dan selamat yg mana akan membantu dia membesar
    • membantu anak-anak mengintegrasikan idea-idea ketika mereka belajar tentang dunia realiti
    • dan membantu kita mengenali sesama sendiri dan merapatkan kita dengan anak tersayang


    Aqif dengan walker die. Dah tercabut dah pun bintang tuh. Ganas btol!
    Aqif dengan bola-bola cinta die! Haha
    Sukalah die main dengan ulat bulu die tu. Muke pon dah serupe ulat bulu naik daun dah!


    KAJIAN TENTANG BERMAIN

    Kajian mengatakan persekitaran anak dan pengalaman yang mereka lalui terutamanya pd 3 tahun pertama amat kuat mempengaruhi perkembangan seseorang anak tersebut.

    • Salah satu cara terbaik utk anak belajar. Sama ada XTVT yg dirancang oleh kita untuk anak bermain atau permainan bebas di mana permainan itu tak dirancang dan anak kita bermain ikut cara dia sendiri.
    • Kita boleh tahu personaliti dan tabiat anak kita melalui bermain
    • Anak kita akan dapat banyak manfaat jika mereka boleh meneroka XTVT yg secara semulajadinya akan menarik minat mereka
    • Amat penting utk membentuk kecekapan sosial seseorang anak <--- Salah satu kebaikan playground & tempat-tempat seperti pusat asuhan kanak-kanak dan pra sekolah!
    • Bermain membantu anak mengembangkan pemahaman mereka terhadap diri sendiri serta personaliti mereka.Contohnya melihat muka dia sendiri dalam cermin! Cubalah!


    SUMBER: Majalah Mami Bayi

    Monday, November 7, 2011

    Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

    ...::: ASSALAMUALAIKUM :::...

    Besh tak topik arini? Sangat besh kan untuk dikongsikan nak-nak bile anak anda juga seperti Aqif yg sangat AKTIF menggigit! Auuuuwwww! Sakit tak kawan-kawan? Agak-agak kenapa ye anak-anak kita ni suka sangat gigit? Oh tidak... Sangat ngilu+pedih+sakit!

    Besenya baby suka gigit bile dorg gatal gusi lah! Terutamanya bile gigi-gigi comey si kecil kita ni sedang pesat nak tumbuh... Lebih-lebih lagi yang baru dapat gigi pertama. Bayi pastinya akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether. Memang seraammmm.... Ni ada sedikit langkah-langkah yg mummy ceduk dari majalah Pa&Ma khas untuk dikongsi bersama

    1. Alihkan Bayi
    Cuba alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mummy” atau “Mummy sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.


    Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.


    2. Tekapkan Muka
    Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula. 


    Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya. 


    Tapi janganlah sampai bayi lemas pulak! Kang jadi kes dera pulak! Naiya!

    3. Ketahui Punca
    Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.

    Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

    4. Amati Corak Penyusuan
    Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

    5. Posisi Selesa
    Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

    6. Leraikan Dengan Jari
    Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

    7. Gigit Alat Lain
    Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.

    Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!


    8. Elak Jeritan
    Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.


    SUMBER: Majalah Pa&Ma

    Saturday, November 5, 2011

    Anakku Derita Ekzema

    ...::: ASSALAMUALAIKUM :::...
    Anakku Derita Ekzema
    Dah lama mummy nak updated entri berkenaan penyakit ni tapi always je tak sempat, so hari ni mummy nak share lah sikit base on pengalaman mummy sendiri berdepan dengan anak mummy, Aqif yang pernah derita penyakit ni. Mummy rasa masih ramai ibu-ibu kat luar yang tak tahu apa sebenarnya ekzema ni kan? Nak-nak ibu-ibu muda macam mummy ni... Eceh... muda ke? haha Mummy sebelum ni pun tak tahu jugak tapi bila dah asyik keluar masuk hospital, dah leh tahu dah la apa sebenarnya penyakit ni. Aqif pulak kena teruk jugak lah. Hati mummy mana yang tak risau. Kadang-kadang buntu, mati akal dah nak usaha apa lagi nak anak sembuh selain doa dari Allah Yang Maha Esa ni...


    Apa sebenarnya ekzema ni?

    Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.


    Macam anak mummy, Aqif ni, dia kena kat muka. Memang macam melecur lah. Tambah lagi gatal-gatal dan berair. Memang kesian sangat. Pernah masa pergi klinik, orang ingat muka Aqif melecur sebab kena air panas. Bayanglah derita si kecil ni. Setiap masa asyik menggaru je. Bangun pagi je penuh darah dekat sarung tangan dia (terpaksa pakaikan sarung tangan nak elak luka lagi teruk kesan dari garu) Kulit kepala pulak berkerak-kerak. Patutlah pelik, kenapa lah kepala anak aku ni tak hilang-hilang keraknya. Kan biasanya baby bile lahir ade kerak kepala kan? Tapi Aqif ni sampai 4 bulan pun masih jugak ade. 5 kali botak dah!

    Mummy pernah kecil hati masa ondaway balik kat airport pas Raya Puasa lepas. Ada pelancong dari Jepun kot, ntah la, kot-kot China ke sebab muka memang macam apek la kan... Masa sampai dekat ngan tempat menunggung tu, kan ade kerusi banyak2 kan, dia tengok Aqif dengan pandangan jijik sgt! Geram sangat2! Igt anak aku ni ade AIDS ke sampai ko jeling-jeling jijik macam tu? Kecik hati tau! Tapi mummy sabar je. Memang dah nak menitis airmata ni. Dan dan dia bangun nak blah dari situ sambil sempat lagi jeling tak puas hati! Ala..pergi lah.. ada aku kesah? lagipun makin sakit hati je tengok ko kan... EKZEMA BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT OKEY! TOLONGLAH JAGA HATI MUMMY-MUMMY MACAM KAMI NIH!

    Apa pulak penyebab ekzema ni?
    Mesti ramai tertanya-tanya apa penyebab sebenarnya ekzema ni kan? Ni lah antara penyebab-penyebabnya.
    • Keturunan. (Mummy ada alergik + Daddy ada resdung = Aqif ada Ekzema!)
    • Alahan (Contohnya habuk, debu, cuaca panas)
    • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
    Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
    • Infeksi virus. (Aqif dari seawal sebulan dah kena jangkitan kuman di telinga)
    • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
    • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
    (Mummy yang breastfeeding tu sila alert bab pemakanan ni. Jangan 'Mummy rasa Anak derita'. Al maklum lah semua yg kita makan akan terus tersalur pada anak kan? Macam aku yang degil ni. Kesian dekat anak. Aku suka 'try & error', so dari situ aku tahu apa yang aku boleh makan & tak boleh. Yang penting kena tahan telinga lah kena berleter & marah ngan mak, mak mentua & sape lagi kalu bukan My Zorro kan sebab bila 'error' kompem-kompem lah baby baby baby yang jadi mangsa! Sorry ye sayang! Ampun!

    KATAKAN TIDAK !!!
    bye-bye ikan pebretku!
    i terpaksa lupakan u demi anak i yg tersayang ni!
    bile dh xde u, xde mood dh i nk mkn nasi dagang!
    pengorbanan!
    SEAFOOD TERUTAMANYA UDANG!!
    CUBALAH KALU BERANI!!

    KURANGKAN MAKAN KEKACANG, PRODUK TENUSU SEPERTI KEJU/CHEESE (PEBRET MUMMY JUGAK!), TELUR & SUSU LEMBU (Aqif alergik susu lembu. Kena minum susu cap gantung je. Kau ada?? hhahaha)

    Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema? 
    Ekzema kelihatan seperti :

    • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, kepala dan kaki
    • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
    • Bengkak kecil yang berair.

    Contoh ekzema
    Nampak merah & berair kat telinga Aqif tu? Tu dia kena jangkitan kuman.
    Bila dah kena jangkitan kuman tu, jadi ekzema lagi senang merebak.
    Sedikit merebak. Biasanya di area mulut, pipi & mata
    Makin merebak. Macam melecur dah muka kesayangan mummy nih!
    Tahap KRONIK dah.
    Ni pun lepas berubat kampung bila pergi jupe doktor still tak jadi.
    Mak cakap mungkin kuman-kuman sedang keluar tu yg nampak teruk tu! huhu 


    Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.

    Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan? 
    Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

    • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
    • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
    • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
    • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman


    PERHATIAN!!!


    Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan



    Bagaimana cara kita boleh menolong anak kita?
    • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
    • Elakkan mandi air panas/suam.
    • Elakkan memakai baju berlapis-lapis
    • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
    • Elakkan dari fabrik yang kasar.
    • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
    • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
    • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

    Ni cara aku lah masa Aqif sebulan lebih dulu. Aku ikut cara orang-orang tua dulu.
    Sapu kan badan anak dengan bedak sejuk yg orang tempek kat muka tu.
    Tapi bedak ni Bidan Kampung dah siap ayat dah sikit-sikit. Dia campur sekali ngan kunyit hidup + doa.
    Boleh kurangkan anak gatal-gatal & cantikkan kulit. Hehe

    Itulah sedikit sebanyak yg aku leh share ngan korang. Kalu nak cite ape yg mummy rasa mmg sampai esok pun tak abis kan. Yang penting korang kena tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kecil ni. Ingatlah masih ada lagi ujian yg hebat yg Allah bagi pada mereka yg lain yg kompem-kompem kita mungkin tak setabah mereka kan. Seharusnya kita bersyukur lah Jangan merungut okey! Mummy perlu kuat! Chaiyok!!

    Alhamdulillah, sekarang Aqif dah 7 bulan dan dah hampir 90% sembuh. Berkat doa keluarga dan usaha doktor. Aku bawak Aqif gi klinik pakar kulit! Kopak memang kopak tapi bile soal anak kire gasak lah!


    SUMBER: Info Sihat

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites