This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Resepi Bayi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bayi. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Aqif Cap Ayam?

Jahat tak mummy cakap Aqif cap ayam?haha.. Ni gara-gara Aqif sangat berselera bila makan bubur yg mummy add ayam sebagai makanan tambahan tau! Mmg macam daddy! Nasib la daddy kipas mati Man United kalu Liverpool mmg Ayam brand sunggoh r! Hahha...

Hepi sangat2 hati mummy nih! bkn stakat hepi je, suke, bahagia, seronok dan semelah yg sewaktu dengannya! Sebelum ni komain susah nk bagi makan sampai mummy pun fedup lah jugak! 
sgt xbagus kan? huhuhu... aku insan yg lemah! 
setakat makan 1 2 sudu baik tak payah la syg wei.. 
buat penat mummy masak je. 

Bile dh 7 bulan ni baru lah mummy berani nak bg Aqif rase ayam. Asyik bubur kosong ngn puree carrot je mesti tekak Aqif kembang jugakkan?hihi... Mula-mula aku buat bubur+carrot+ayam. Suapan pertama, die buat muka jugak last2 tertekan jugak hampir semangkuk walaupun mengambil masa yg agak lama la jugak utk habiskan bubur die nih.

Then kelmarin, after mummy dah ade kekuatan untuk try resepi baru hasil mummy godek-godek kat tenet (correction! mummy malas sebenarnya! la la la) bubur + sawi + carrot + ayam  jadi lah bubur baru untuk Aqif! Lazat sangat sebab die mmg berselera sangat2!!

RESEPI CUBAAN PERTAMA

Picture Loading.......
Rupe sebelum di blend...

Bubur + Carrot + Ayam
Selepas di blend
Enak sekali!

Cara buat? Masak bubur. 
Bile agak-agak bubur dh separuh nk masak tu letak ayam + carrot. 
Bile ayam dah masak, carrot dh lembut, angkat jela.
Tunggu suam sikit, aku pun blend je!

CUBAAN RESEPI KEDUA

Picture Loading......
Ni pulak bubur + carrot + sawi + ayam
Selepas di blend...
Rasa yg menawan! Bubur Aqif! ^_^

Cara buat? Senang je... 
Kompem-kompem la buat bubur dulu..
Then, rebus ayam. Aku letak bawang putih 2 3 ketul biar wangi sikit.
Bila dah siap direbus tu, masuk je carrot. Tak payah masukkan perasa apa-apa sebab carrot dah buat sup  rase sedap! Agak-agak carrot dh empuk, aku asingkan sup untuk Aqif dgn untuk Aku ngn Suami. 
Sup Aqif tu aku masukkan je dlm periuk bubur die yg dh jadi bubur tu. Kacau-kacau biar rata then masuk je sawi (daun je) yg aku dah potong halus2... Jangan lama takut sawi layu. Dah msak tu, biar suam sikit then blend jela... Taaarrrraaa!! Siap lah bubur Aqif untuk di makan....

Thursday, November 3, 2011

Jus Pisang Masam Manis (5 - 6 bulan)


Bahan-bahan:

2 biji pisang emas - dipotong kecil
1 biji buah oren - ambil jusnya

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan pisang ke dalam mesin pengisar bersama dengan jus perahan oren.
  2. Kisar sehingga sebati dan halus.
  3. Sedia untuk dinikmati.

INFO: PISANG adalah antara buah-buahan yang kaya dengan serat dan dapat melancarkan sistem penghadaman. Amat seswai dimakan jika bayi sembelit.


SUMBER: Buku "Mama, saya lapar"

BUBUR NASI BROKOLI (6 - 7 bulan)


Merujuk buku "Mama, saya lapar" hasil buah tangan Wardina Safiyyah ni yang aku berjaya jugak beli 2 malam lepas, ibu-ibu boleh perkenalkan jus buah-buhan seperti jus tembikai misalnya. Ambil isi dan kisar tanpa menambah gula kerana tembikai sudah semulajadi manis. Boleh jugak buat aiskrim apabila dibekukan malah seswai diberikan kepada anak jika mereka sakit nak tumbuh gigi. 

Antara resepi-resepi ringkas yang mummy nak share ngan ibu-ibu kat luar sana adalah resepi ni. Tak payah pening-pening nak pk dah... Jom try resepi ni je okey!

BUBUR NASI BROKOLI


Bahan-bahan:

20gm beras
620ml air
50gm brokoli
10gm ikan bilis



Cara penyediaannya:

  1. Masukkan beras ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan air. Masak sehingga nasi menjadi lembut.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan masak sehingga sayur menjadi lembut dan nasi menjadi bubur.
  3. Biarkan suam dan kemudian kisar halus.
  4. Sedia untuk dinikmati.



SUMBER: Buku "Mama, saya lapar"

Makanan Bayi Mengikut Usia: 7-9 bulan

Inilah masanya untuk makanan jejari! 


Bayi anda terusan memasukkan semua benda ke dalam mulutnya? Pantang jumpa apa-apa semuanya nak di makannya. Kertas, plastik, duit siling hatta taik cicak sekali pun kan? Bukan Qizeqi saya oke... hehe Jangan risau, ini adalah satu tanda yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan diet makannya.

Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran ini dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. Jadi, inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Boleh juga try bagi keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. JANGAN berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis. Nasib lah Qizeqi takleh makan biskut-biskut ni sebab elergik!


Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usia tujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Caranya, cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya. Pasti mudah.

Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat. 

Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam.


Nanti mummy akan share resepi-resepi ringkas tapi berkhasiat yang mummy dapat dari buku Wardina 'Mama, saya lapar"... Sharing is Caring kan?

P/S: Pastikan rumah anda sentiasa bersih dari sampah-sampah kecil yang boleh si kecil muatkan ke dalam mulut dorang yea.... Tq

SUMBER: Baby Center

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites