This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Anakku Aqif. Show all posts
Showing posts with label Anakku Aqif. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Saudagar Tikar Kembali...



Salam semua. Ade lagi ke yang tak tidur macam mami? Adoi.. Mata ngantuk badan penat sampai takleh tido. Kalau time belaja dulu, we call it fatique! Betul ke? Ntah... Ingat2 lupe dah..hehehe....

CEO cek stok... Kalu tak dipanjatnya memang tak sah! heheh

Just nak buat random story perjalanan hidup aku harini. Cewah, macam la ade orang amek peduli... Poyo je!

Orang paling excited bile parcel sampai..

Today yang superbusy! 2 trip ke Serikin untuk amek stok tikar. Alhamdulillah order terbanyak.... 90++ keping... Stok pulak banyak tadi memandangkan awal pg kami dah bertolak dah ke sane. Sejam perjalanan gak la... Pagi2 dh preasure ngan mesin ATM. Tibe2 xleh nk withdraw lebih dari 1riban pdhal limit kn 1500/day... Sian laki i kena pusing jauh utk draw di Bimb pulak. Yela, petronas pn xbuke lg, mall pn tutup lg. Lg la panas.. Yg xtahan telinge ni la yg kena tahan bebel.. "Suruh custumer bankin awal! Last2 minit mcm ni kan susah. Nak kejo mase lg..." katanye sambil muka 1001 kerut.. Huhuhu.... Dah suruh tapi dorg lewat jugak mcmane... Tersentap seketika. Moral of dis story... Tolg eh bankin awl... Sian mami tau. Tak kesian ke?

Saudagar Tikar cek stok

Sampai sane antara org pertama yg sampai. Tu pun serentak dgn 2 3 org supplier yg len... Dorg jual online jugak cm aku ni.. Yang aku perasan, makin ramai yang aktif bergiat dlm bidang jual tikar ni. Alhamdulillah... 1 persaingan yg sehat. Majoriti org semenanjung yg duk sini pulak tu cam aku....hehehe... Shopping2... bla..bla...bla.... Penuh seat belakang xnmpak cermin belakang. Bahaye n gile! Haha. Nasib kastam takde n kami selamat sampai.... Arghh!! Tadi jem kejap sbb ade org turap jln! Tension!! Org buat la keje tu mlm hari bukan waktu puncak! 




Mkn2 kat Ket's Kitchen tak payah masak (bab paling aku suka!), then pegi sekali lagi. Trip ni just g amek je sbb td dh smpan. Masih lg penuh kereta. Aqif pun mmg terbukti good boy sbb mmg tak meragam langsung...senang mami ngan dedi buat keje.... Sampai umah around kul2 lebih.. (dari pukul6lebih kot...huhu) badan dah penat ngan panas terik lagi.. Rest2 terus tertido.. Ngan Aqif2 terbungkang keletihan...hahaha..

Tulah antara hot story buat tatapan korg. Aku tahu mesti ade yg rindu aku ni kan? Tu yg tertunggu2 next updated tu...haha.. Perasan tak? Penulis blog ni sgt syok sendiri... K la... Esok lagi bnyk keje menanti.. Perfume, beg, tikar seme nk kena setel esok.. Sbb isnin nak pos.. Nsib islamic softbook selase baru smpi stok and by wednesday baru mami leh pos... Fuh.. Alhamdulillah..rezeki Tuhan dimana2... Yg penting usaha. Jgn sampai terabai mane tanggungjwab yg penting2 sudah... Kan?


Koleksi Beg Cute

Koleksi Perfumes

P/s: Jemputla ke blogshop mami kalau free k.. mummysbiz.blogspot.com.. Macam2 ade.. Selamat tinggal sayangku...... Nite! Ada umur jupe lagi..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 3, 2012

Perkembangan Bayi 11 Bulan



Pewiittt... Salam semua! Sori mori ye sebab lame tak updated! Cite nk story cam banyak tapi malas tak sempat nak menaip-naip ni. Jari-jari halus mami ni begitu berat untuk menari-menari atas badan keyboard ni! 

Malam ni nak updated pasal my baby je ni. Pejam celik pejam celik dah 11 bulan anak teruna mami ni... 23hb ni 12 bulan lah bermakna genap setahun saya bergelar mami. Alhamdulillah... moga diberi kesempatan...

Jom kita tengok perkembangan anak-anak kita okey... Anak anda dan Aqif Rizqi saya...

  • Anak Anda
Berdikari secara fizikal 
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. 

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga. 

  • Aqif Rizqi Saya

Jage-jage mami... Nak buang ni!

Hehhhe.. Suka benor mami bace ayat ngelas tu.... "Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga." Aqif saya memang suka sangat menjatuhkan semua segala mende atas meja dan mengharapkan mami nengutip semula. Dia juga gemar membuang kunci kereta nak-nak time makan kat luar. Yela, orang bagi kunci nak suh die main-main duk diam, tapi dia asyik buang je... Last-last malas nak kutip, gigit jari jelah awak Aqif oii!

  • Anak Anda
Buku untuk si pembaca kecil 
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali. 

  • Aqif Rizqi Saya
Masih bau kedai taim ni... Buku cantik lagi... hehehe
Memang dia ade buku pebret die. Dah lunyai dah pun buku tu.... Kejap-kejap dibuka.. Suka betul bile tengok gambar-gambar kucing binatang dalam tu... First book yang mami beli untuk Aqif dan akhirnya menjadi yang paling digemari... Padahal takde buku lain dah yang mami belikan... kehkehkehkeh...

  • Anak Anda
Membentuk peribadinya sendiri 
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya. 

  • Aqif Rizqi Saya

Adik-beradiknya memang tak la kan... Dengan kawan-kawan mungkin.. Hehehe... Dia memang suka tengok budak-budak lain main. Tapi die tak join pun cuma tolong gelak je dari jauh.. Macam la orang main ngan die. Abis-abis syok die g merangkak je kat budak tu.... Hehehhe Sayangnye anak mami ni!

  • Anak Anda
Tiba masanya untuk menetapkan batasan 
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak. 

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud. 

  • Aqif Rizqi Saya
Tau memanjat jela keje die...
Makin orang cakap 'Jangan' makin die buat. Pahtu boleh pulak senyum-senyum and tunggu respon dari mami dulu. Saje la tu nak orang tengok die nak buat ape. Tapi memang dah paham ape yang orang cakap. Cuma saje nak uji tahap kesabaran mami yang tak berape nak sabar ni! Huhuhu... bila lah mami boleh hilangkan tabiat 'cepat tangan' ni. Sian Aqif asyik kena pukul je.. Pukul2 manje je tau! huhuhu.. Sorry sayangg......

  • Anak Anda
Bercakap tak terhingga 
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya. 

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti. 

  • Aqif Rizqi Saya
Muka kepenatan.... Hehehhe

Yang ni yang syok ni... Lambat jalan sikit pun tapi kalau mulut laju takpe Aqif.. Mami rela je... Mulut die memang tak benti membebel. Ape lah die nak bebelkan tu. Yang mami tangkap Aqif selalu sebut ...."Qif nye... Qif nye...." Jadi mami anggap sebagai "Aqif punye" jela... Nak-nak time orang mintak barang ngan die... Comel je... Pahtu bese sebut "Dap nye... dap nye..." Sedap nye kot.... Waktu suap makan... hahha.. Sedap la sangat sampai 2 3 suap terus stop! Geram betol nak bagi makan kat die ni! Last-last masuk mulut mami jugak! huhuhuhu.... Dan Aqif paling gemar main sorok-sorok belakang laptop mami... pahtu suh mami cari die... heheh... Ade r muke budak duk mengintai2 disebalik laptop... Nakal!

So, hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Wednesday, February 15, 2012

Mami Dedi Bosan, Aqif Jadi Mangsa!




Kadang-kadang, kami memang bosan. Macam kat Kuching ni seme tempat dah pegi. Dah tak tahu nak pegi mana dah. Jadi kami merewang-rewang lah di shopping-shopping complex. Window shopping jela jawabnya. Alamak! Macam kutu rayau dah bunyinye... Pulak tu kat Kuching ni bersepah shopping mall nya. Korang pilih jelah nak pegi yang mana satu. Kat mana-mana ade. hehehe

So, al-kisahnya pagi Ahad tu lepas pegi barang dapur kat Pasar Satok, kami jalan kat Wisma Satok lu. Kebetulan jejantas tu bersambung terus ngan Wisma ni jadi terus jelah kami pun. Memang tak cakap banyak dah! haha Jenuh mami nak mendaki jejantas tu dengan Aqif ni. Memang katang molek lah lengan i nih...

"Sila guna jejantas okey! Jangan jadi macam lembu... Anda mampu mengubahnya!"
 
Jalan-jalan terjumpa lah bahagian game ni. Hehehe... Apalagi, kami masuk lah. Saja bawak budak kecik ni. Boleh tengok ramai budak-budak main dalam tu. Hujung minggu kan. Mak ayah apalagi... Aqif pulak memang suka sangat bila tengok kawan-kawan ni. Aikk... Tahun depan k mami bagi Aqif kawan baru... =)


Syok budak ni tengok Street Fighter. Pebret mami gak ni. Budak baru nak belajar  berjalan ni kalu lepas camni memang best lah dia leh berdiri camtu. Kalau ikut hati die tu, nak je die merangkak abis...

Penat berdiri, Dedi bawak main kete lumba pulak. Time mami ngan dedi dating dulu, bese lah kami battle game ni. Aqif semangat lah leh duk pegang stereng tu. Macam duk dalam kete Dedi lah die. Sampai taknak lepas stereng tu kalau boleh. Memang tak boleh lah! Takpe cyg, nanti battle ngan mami pulak ye!


Dan... Ni lah aksi kemuncak! Abis tertonggeng-monggeng. Mantop! Besenya duk merempit atas mami je, now mami kasi Aqif feel sendiri. Kusyuk tu die tengok screen... Mami debar dah bile dedi letak Aqif gitu. Tapi Aqif layan je... Bagus betul! AMARAN! DONT DO THIS AT HOME! hahaha

notakaki: Semua Aksi ini berserta pantauan rapi oleh mami & dedi... Tq

Thursday, February 9, 2012

Perkembangan Bayi 10 Bulan




Melakukan pergerakan yang lebih banyak
  • Bayi Anda
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
  • Aqif Rizqi Saya
    Nak pos semenanjung nakal sangat! Tau takot! ~Sila abaikan background belakang!

    Memang memberi saya senaman secukupnya! Aqif dah boleh merangkak dengan lajunya! Ya Allah sekali lepas macam ayam leh keluar dari reban. hehehe Jahat pulak aku same kan anak dgn ayam kan? Ibarat lah! Tu bab merangkak, tak masuk lagi aksi2 berani lepas tangan sambil meniti-niti di kerusi kami ni. Aksi memanjat kerusi tinggi! Agak-agak lebih kurang tinggi lutut mami jugak lah tinggi kerusi tu. Lepas! Berdiri? Dah boleh dah even takde lah lame sgt. Kalu pegang die kaki terus melangkah tak reti nak stop! tu xleh betul2 jalan lagi tu dah lupe diri. Dah dapat kaki nanti paham-paham lah sendiri...


    Memegang dengan jari-jemarinya
    • Bayi Anda
    Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
    • Aqif Rizqi Saya
    Budak rajin~

    Aqif saya minat semut! Die akan tengok binatang tu meliar then ditepuk2 dengan penuh perasaan geram. Arwah semut2 kat umah saya! hehehee... Aqif suka 'mengemas'! Semua yang saya kemas, Aqif akan kemas sekali lagi. Mungkin die tak berkenan kot dengan cara mami kemas rumah. Sampai satu saat, pernah saya biarkan Aqif je mengemas. Mami dah tak larat nak mengemas! Huhuhuhu. Paling penting, 10 bulan baru die nak pandai masukkan barang dalam mulut. Tapi takde lah telan2 lagi. Just rasa2 je... Lapar sangat kot time tu? Die pun dah pandai baling-baling bola kecil yang warna-warni tuh... Apa-apa aje lah Aqif oii!


    Personaliti yang berkembang
    • Bayi Anda
    Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.

    • Aqif Rizqi Saya
    Saya Anti-sosial ke??

    Saya masih tak pasti Aqif dalam golongan mereka yang sosial atau tak. Kadang-kadang dia sangat2 pemalu. Bila jumpa orang yang jarang jumpa, dia akan diam dan lebih suka memerhati dari memberikan sebarang respon hatta sekuntum senyuman sekalipun! Sombong! Itulah biasanya yang Aqif dapat sebab susah sangat nak senyum. Namun, kadang-kadang dia sangat2 mudah tersenyum siap bergelak sakan dengan sesiapa sahaja. Time ni lah mami nak kembang sikit pun bila orang cakap, "cute nye Aqif... Geram rasa nak cubit2 je!" hahaha Ooppss... terlebih pulak!


    Menangani ketakutan bayi anda
    • Bayi Anda
    Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

    • Aqif Rizqi Saya
    Layan Castleville kejap~
    Takut? Aqif saya memang agak penakut orang die. Sebab? Ntah la... bunyi blender, bunyi orang mesin rumput mesti die nanges punya. Nak-nak awal2 dulu. Sekarang boleh la kawal. Abis-abis mata je la terbeliak. haha Bila tengok cerita kartun pun, yang mami perasan ada jugak die takut tengok watak kartun tu. Sampai nak nangis... Tapi kalu Upin Ipin tu menjerit die suka sangat! Macam lah Upin tu cakap ngan die. Cuma jangan lupa ye tenangkan bayi anda! Biasanya mami peluk Aqif dan yakinkan die yang tu bukan ape pun. Jangan takut2 oke! Sayang Aqif!


    Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
    • Bayi Anda
    Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

    Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

    Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

    Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

    • Aqif Rizqi Saya
    Ooppss... Aqif memang si mulut murai! kekadang mami tersasul jugak guna bahasa pelat ni... Bukan pe syok masuk dalam dunia dorang ni. Nasib la tak amal sangat sebab tak digalakkan. Setakat 10bulan ni, Aqif dah boleh tepuk amai-amai... Nyanyi je lagu tu die start lah tepuk tangan. Sebut 'bye-bye' die melambai. Bunyi je motor dedi, terus die merangkak berlari keluar cari dedi. Tapi tak pandai sebut dedi... sebut papa! haha Sebut mama jugak. Tapi sebut 'mi' bile nanges nak susu! pandai ye! 

    Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu~ lalala


    notakaki: Ibu-ibu semua, perkembangan bayi kita tak sama. Jadi jangan cuba sama sekali bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang lain oke! Jangan risau lah selagi anak anda sihat & cergas. Saya akui memang kadang2 kita takleh nak sembunyi rasa cemburu bile tengok anak-anak orang lain cepat berkembang dari anak kita tapi percayalah itu semua akan bagi kesan negatif pada anak. Yang penting kita sokong perkembangan anak kita.

    Aleeya Najla Sophia dah pandai jalan, Aqif Rizqi minggu depan kot?hahaha


    Monday, January 30, 2012

    Aqif Make A First Step!





    Hepinye arini! Si comel dah mulakan langkah pertama! Wah3... comel ke? comel lah! Patutlah anak mami ni duk  buat aksi stunt lepas tangan je seminggu dua ni. memang tak sanggup mami nak tengok. Mami tolong sambut jelah ye nak! 

    Aqif mula tunjuk aksi berani lepas tangan dan bertahan berdiri dengan kiraan 10. Kemain lagi Dedi kira tu. Mami tahu Dedi memang tak sabar nak tengok Aqif berjalan tu. Aqif bayanglah, baru seminggu dah tanya bile lah Aqif nak leh berjalan ni? Hahaha Mami takkan lupe dats moment! Sweet lol!

    Dan tadi Aqif make a first step! 10 bulan menunggu! Rase nak menangis pun ade ni! Happy giler!!! Thanks Allah for dats great moment!


    Tolong LIKE untuk Aqif! Please....


    Mintak Tolong LIKE untuk Aqif Rizqi. Atlis 300++ LIKE

    1st click & LIKE: 

    2nd click & LIKE : 



    Jom tolong sebarkan dan LIKE RAMAI2.. 
    Baru 80++ ni...tq.. hehehe



    Ramai suggestkan Aqif Rizqi jadi model. Layak ke? Haha Mami pulak yang berangan! 


    Dateline Untuk LIKE: 20 Mac 2012

    Wednesday, January 18, 2012

    Wordless Wednesday # Aqif ketiak busuk!

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم.


    Monday, January 16, 2012

    Syukur... Semua dah beransur pulih!


    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم


    Alhamdulillah...Setelah hampir 3 hari tanpa senyuman dari si kecil, hari ini hariku kembali berseri lagi. Ya, mungkin masih belum kedengaran hilai ketawanya seperti biasa bila diagah atau digeletek tapi cukuplah dulu dengan beberapa kuntum senyuman darinya. Thanks Allah kerana sudah sembuhkan Aqif. Syukur ke hadratMu.



    Dengan permulaan memanjat kabinet tv dan kerusi sofa juga cukup menjadi bukti Aqif dah kembali aktif. Merangkak pun dah makin laju. Menyusu pun dah kerap seperti biasa. Terbayang bibirnya yang pecah-pecah gara-gara suhu badan yang panas tu. Patutlah dia tak berselera seperti biasa. Kesian anak mami...

    Kini, syukur lah semua dah beransur oke...

    Saturday, January 14, 2012

    Pagi hari dah masuk emergency room!


    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم


    Aqif muntah-muntah lagi subuh tadi. Paling seksa bila muntah tapi takde isi. Cuma keluar lendir-lendir kuning je. Seksanya mami tengok. Sabar ye sayang. Dari pukul 3pagi lagi dah macam tu. Mami tengok Aqif dah tak bermaya. Badan makin panas. Kain tuala yang membaluti tubuh si kecil pun dah panas. Kalau api ni mesti dah terbakar. Ya Allah... jauhilah anakku dari segala musibah... hati kecilku merintih berdoa.
    "Abang, kita bawak Aqif gi hospital lah. Kesian sangat tengok ni. Tak sanggup!"
    Lepas sembahyang subuh tadi, suamiku suruh bersiap. Kami bawak Aqif ke emergency dekat Normah Specialist. First time pergi. Kalau sebut Normah Specialist ni memang RM RM jelah yang terbayang. Argghh... apalah sangat nilai RM kalau nak dibandingkan dengan nyawa anakku ni.

    Siap register semua, seisi pertama masuk jumpa doctor. Aqif agak tenang dalam pelukan aku. Mungkin masih mengantuk agaknya. Yelah, badan lemah dan gangguan muntah memang sangat mengganggu  lenanya. Kekadang sahaja dia merengek. Mungkin tidak selesa dengan badannya yang panas tu.
     " Tinggi ni. 40. Dah lama ke dia demam?" Doctor berbangsa India tu mula melakukan penyiasatannya. " Baru 2 hari panas tapi dah seminggu lebih batuk selsema. Muntah-muntah dari malam tadi..."
    After that, kena masuk wad sementara pulak. Dalam kepala ni dah terbayang Aqif kena tahan wad. Huhuhu. 
    Bukanlah. "Sila bogelkan Aqif. Tanggalkan semua baju seluar dan pampers dia ye" Sambil nurse tu masukkan ubat dalam bontot Aqif. 
    Serius aku tak perasan pun. Time balik suami aku yang bagitau. Hehehe Mungkin time tu aku lebih risaukan Aqif yang dah start merengek-rengek bila disuruh baring atas katil tu. Apalagi, start lah aktiviti bungkus membungkus seperti yang aku buat kat rumah tu. 

    "SILA JANGAN GUNA AIR SEJUK! GUNA AIR SUAM OKE KAWAN-KAWAN! AIR SEJUK HANYA SEJUKKAN LUARAN TAPI DALAM MASIH PANAS". kata nurse tu.

    5x duk bungkus membungkus akhirnya berjaya jugak turunkan suhu badan Aqif kepada below 38. Syukur... Teruslah terkedek-kedek ke kaunter pulak. Suami awal-awal dah cakap...
    "Kalau mahal abang guna kad kredit je" Hehehhe Almaklum lah, kos consultancy je pon dan RM30. Tak termasuk ubat lagi...
    1016... Aku nampak angka tu dari jauh. Dalam kepala ni RM10.16 je... Murah la pulak. Mungkin sebab kejap je kot. Suami pulak "Abang ingatkan seribu tadi. Terkejut abang..." Jadi aku ingat betul lah RM10.16 rupanya RM101.6 lah... Hahaha kelakar betul lah... Yang pasti, kami dah dapat balik senyuman Aqif Rizqi, permata hati kami yang hilang... Muuaahh!! Mami sayang Aqif!


    Wednesday, January 11, 2012

    Al kisah Mat Aqif Makan Sendiri

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم .


    Petang tu duk suap-suap Aqif makan bubur. Sibuk pulak dia nak pegang mangkuk kaca mami tu. Mangkuk kaca oke! Sorry sayang, mami takde peruntukan untuk mangkuk-mangkuk comey. Kedekut kan? Aiyoo... mangkuk mami yang ni pun cute jugak ape asal tak pecah. hehehehe Then, terjadilah al kisahnye...


    Mami pun bagi lah mangkuk dengan sudu dengan rela hatinya. Tengok muka nak main sangatkan dari makan. Ameklah. Ada prof cakap, jangan marah anak kalau dia sepahkan rumah sebab time ni lah dia punye motor learning sedang berkembang. Bagi je dan biar je apa die nak buat (untuk 7thn kebawah sahaja oke!) saat ni dia cuba belajar kenal diri sendiri. Yelah Prof... mami ikut jelah cakap prof tuh...


    Tengoklah cara saya makan ni. Sopan tak? Haha sangat sopan wahai anakku intan payung. Muka mesti nak  kasanova gitu! Hahaha Tu gaya makan jenis apa tu? Hip hop ke? Tangan macam pegang tuutt je? Suka hati Aqif lah asal bahagia...

    Posing lu kejap. Comey tak saya? Ke comot? Oopps.. besarnya taik lalat kat pipi tu. Eh, bukan  lah! Tu taik penyakit.  Mami muka macam geram-geram je tengok Aqif makan? Nak ke? Meh sini meh Aqif suapkan...

    Apa tengok-tengok? Nak jugak ke? SOrry lah... Aqif nak suap kawan-kawan Aqif  sahaja.
    Agak-agak siapalah kawan Aqif tu ye? Tu budak botak 2 orang tulah...


    Dan inilah pengakhirannye... Upin Ipin jugak yang makan dan  Mami jugak yang letih!  Takpe lah sekali sekala kan.


    Monday, January 2, 2012

    Kronologi 2011

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم .

    Sedikit sebanyak peristiwa pahit manis masam 2011 untuk dikongsi bersama. Kenangan Terindah!

    ✿ 29 JANUARI | Kak ipar aku, Azrina (Kak Na) selamat melahirkan Aisyah Dania, cucu perempuan pertama dalam Abdullah's Generation. Sama tarikh lahir dengan mak long dia tu, Kak Eda. Pandai Dania pilih tarikh ye?hehehe...



    ✿ 22 MAC | Waded sebab Air Ketumban baru pecah. Due 14hb kot. Rasa nak melompat je gara-gara happy sangat nak bersalin ni! Can't wait to see my baby!

    ✿ 23 MAC | Kelahiran Permata Hati Pertama, Muhammad Aqif Rizqi Mohd tepat jam 4.58 petang bersamaan 18 Rabiul Akhir 1432 Hijrah pada hari Rabu yang sangat mendamaikan. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat!

    Tidur tak ingat dunia!

    ✿ 1 MEI | Majlis Cukur Rambut Aqif Rizqi dengan Aisyah Dania bersamaan SETAHUN arwah Tokwan meninggalkan aku.

    Sebelum Dicukur

    Selepas! BOTAK! Aqif macam tak boleh terima kenyataan je kan?

    ✿ 2 JUN | Ulangtahun ke-5 kami sebagai pasangan kekasih

    ✿ 5 JUN | Ulangtahun pertama kami sebagai pasangan suami isteri

     20 OGOS | Jangkitan kuman Aqif pada tahap kronik. Di tambah pula dengan Ekzema yang dihidapinya sejak lahir. Luluh hati seorang ibu melihat derita anak dia ni. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.




      SEPTEMBER | Bermulanya Bisnes Online aku secara kecil-kecilan. Ala-ala Saudagar Tikar gitu!

    Ehem-ehem... Siapa nak order leh r roger-roger. Tikar, Kek, Ikan semua ada! haha

    ✿ OKTOBER | Aqif dah ada 4 batang gigi baru. 2 bawah, 2 atas. Cute cute cute! Aqif pun dah pandai merangkak dengan laju! 

    ✿ NOVEMBER | Aqif dah pandai meniti + memanjat! Pesat betul Aqif membangun! Hehehe

    ✿ 28 DISEMBER | Aqif pandai duduk dengan sendirinya. Terkejut mummy! Good Boy! Anak mummy dah pandai berdikari... Aqif pun dah boleh bertepuk amai-amai! Suke! Suke! Suke!


    Rasanya itu je kot untuk 2011. Hehehe Moga 2012 ni boleh memberi 1001 makna dan semangat untuk aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan juga anak! Amin

    Saturday, December 31, 2011

    Bismillahirrahmanirrahim... Welcome 2012!


    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم .
    Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
    Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

    Alhamdulillah sebab masih lagi diberikan peluang dan ruang bernafas di bumiMu, Ya Allah. Tahun 2011 adalah tahun yang sangat bermakna yang tak mungkin aku lupakan. Tarikh keramat 23 Mac 2011 akan terpahat kukuh sebagai moment yang paling indah kerana bergelar seorang ibu kepada Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul. Seorang anak lelaki yang makin bijak, baik & makin sihat yang kini dah berusia 9 bulan. Full breastfeeding lagi dengan bangganya! Ooopss... Tak baik RIAK!

    5 Jun 2011 juga bermakna dah SETAHUN aku dan Mohd Azrul Abdullah berlayar di lautan rumahtangga. Kami berjaya mengharungi segala ombak badai dan ombak rindu! Ong Bak? Itu bukan oke! Atceli, tertunggu-tunggu jugak hadiah Anniversary dari Encik Husband masa tu. Sangat tak malu! Tapi hampa. Encik Husband macam faham je. Last-last keluarlah ayat-ayat cinta:
    "Abang dah bagi dah kan hadiah ke Ya. Ni, Aqif Rizqi. Kira sekali dengan birthday Ya sekali lah 14hb nanti oke?"
    Aku pun tersenyum bahagia. Ringkas tapi sudah cukup buat aku rasa sangat dihargai.
    "Terima kasih, Abang. Inilah hadiah yang paling mahal dan tak ternilai buat kita! Insya'llah saya akan jaga sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan."
    Sebenarnya sayang tahu dah cuma saja nak menggedik jugak! haha Moga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Barakallah...

    Nak masuk tahun baru ni semua sibuk nak azam berazam bagai lah kan? Aku? Azam? Azam tahun baru aku  sama je dengan azam tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu. Aci tak? Hehehe Tak payah lah nak berazam sangat mummy oi... Azam tahun lepas tu dah tercapai ke belum? Kompem-kompem lah tak kan? Yang penting 'A.Z.A.M' ni boleh bagi motivasi buat seseorang berhijrah atau berubah. Boleh bagi dorongan untuk mulakan perubahan baru kan? Macam aku jugak lah! Azam aku? Biar lah rahsia...

    So, Welcome 2012. Moga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun yang telah berlalu! 
    Good Bye 2011 yang penuh dengan kenangan indah dan manis buat kami sekeluarga.

    Thursday, December 15, 2011

    Aduh... Anak siapa lah ni!

    Barang dah kemas
    Rumah dah hampir kemas
    Walaupun masih lagi macam kapal pecah!
    Perut pulak sedang menyanyi riang...
    Harini mummy dah start cuti jadi tak berasap lah dapur!
    Aqif tidur pulak selepas penat bermain dengan bagasi!
    Sekarang dah kul 7 lebih
    Errmm... Layan Tentang Dhia jelah!
    Huhuhuhuhu... Aqif bangun lah...
    Mummy ngan Dedi lapar nih...

    Esok balik kampung!! Yahoo!!

    Tengok la budak nakal ni. Mummy baru wat masuk pampers die. Baru nak masukkan baju tengok2 dia dah ade dalam beg tu dah. Baik punye landing! Aqif... Aqif... tau lah tak sabar nak balik kampung! Aduh anak mummy nih!



    Wednesday, December 7, 2011

    Wordless Wednesday # Tentang R.I.Z.Q.I


    Tuesday, December 6, 2011

    Aqif Rizqi hilang dalam rumah!

    Aku ngah main masak-masak kat dapur. Tinggallah Mat Aqif kat living room. Al maklum umah jenis straight cut jadi dari dapur dah leh nampak budak tecik ni duk main-main... Kejap bawah meja, kejap bawak kerusi.

    Aku terus memasak sambil-sambil setiap 5 minit tu (aku agak-agak lah) aku usha Mat Aqif ni. Aik.. yang nampak hanya juntaian kaki je dari pandangan mata aku. Budak ni wat ape pulak ni. Takpe atlis aku tahu die tak memanjat sebab kaki die masih lagi cecah lantai... Aku masak lagi... Masak ape ntah... Aku pun xtau! Main bantai je! hehehehe

    Toleh sekali lagi anak aku dah hilang! Aduh, gi mane pulak dah die! Bila dah hilang dari sisi mata ni jadi paham-paham lah mummy weh! G tgk lah! Sepantas kilat aku berlari... Wah.. macamlah jauh sangat jarak dapur ngn living room kan? Bergegar abis rumah bile seorang mummy berlari! Hahaha


    Tau ape budak ni buat?? Isshhh.....



    Picture Loading........


    Ade ke patut ye leh panjat tikar-tikar mummy ni & duk celah-celah tikar tu.! haha


    Hehehe Sorry ye mummy... Tikar ni comey sangat! Takkan nak tengok je!


    Huhuhu Yelah2 Aqif turun semule r ni. Sape suh letok tikar sini. Ingatkan playground tadi! Ahaks!





    Monday, December 5, 2011

    Bila Aqif Taknak Makan Ubat!

    Baru balik dari klinik petang tadi.. My Heroes demam semua! Sakit jugak lah menunggu turn dari kul 2 sampai kul 330 lebih. Nak patah pinggang dengan perut yg duk pedih gara-gara tak makan seharian! Pukul 5 baru leh hadap nasi ayam. Amek kau terus mintak nasi tambah! Kui3x  Mestilah mummy tak masak tadi! Korang jangan tanye lah! Dedi dah makan kat sekolah jadi mummy igt nak masak lah lewat skit tup tup Dedi leh balik awal terus lah g klinik bawak Mat Aqif yang demam panas ni. Dedi pun demam same. Demam urat katenye! huhuhu Sian die! Mummy memang lemah kalu anak sakit ni. Dedi sorang je demam takpe tapi bile si kecik ni sekali...? Lemah badanku nak demam sekali jugak je rase ni....

    Bile dah demam gi la klinik. Bile g klinik mestilah jumpe doktor kan? Pandai! Dah gi klinik tu mestilah dapat ubat kan?? Bile dapat ubat pulak? Kena makan lah! Bab tang kena makan ni lah yg mummy tak sanggup nak hadap! Tak berdaya tengok Aqif nanges sebab taknak makan ubat! Mummy pon nak nanges same2 je! Lagi sedih dari Ombak Rindu tau tak!? Ubat demam, ubat batuk + multivitamin lagi... Tadi baru bagi ubat demam 2ml tapi histeria die macam ape! Meraung-raung siap muntah sekali macam kebiasaannye! Sungguh mummy tak sanggup! Terus stop! Ubat-ubat lain masuk peti jelah jawabnye. Bukan tak try masukkan ubat dalam air die, makanan die terus die taknak makan minum! Budak ni macam leh detect je! macam mane nak cepat sembuh? Cool Fever lagi la malam ni Aqif. Tengok Dedi senang je makan ubat! Janganlah ikut mummy ni.... Kalau ikut mummy macam tu lah jadinye!

    Kesimpulannye? Mummy pun same tak suke ubat! I hate medicine! Yuckk!!!! Sebab Terpakse je Mummy makan!

    Agak-agak pil ubat yang cute camni pahit tak? Ubat tetap ubat oke! Name pon U.B.A.T bukan C.H.O.C.H.O.L.A.T.E!

    Saturday, December 3, 2011

    Aku ingatkan last week doh! kena jugak!

    Tadi kena g beli tikar lagi. Gara-gara kena tipu ngan seller tu r terpakse mummy g tukar tikar lain pulak! Nasib la seller tu kasi tukar kalu tak!!! kalu tak abis lah duit mummy kene ganti tikar baru pulak untuk customer! sian customer kite kena delay tikar die gare2 tikar rosak! Ade ke patut jual tikar camtu. Tak baik sangat2! Mummy pun tak tenang hati kalu b4 jual tu tak check dulu betul2. Nyaknye r ke orang kalu wak keje g2! Bukannye dekat nak g tukar2 tiap minggu. huhuhuhu.

    Ondaway tu Zorro dah bagitau awal-awal kalau die tak kasi tukar tinggal je tikar tu kat kedai tu! Sakit hati punye pasal! Terfikir jugak guane lah orang yg dtg beli dari Semenanjung tu & dapat tikar rosak memang kesian lah takleh nak tukar kan?? Korang nampak tak permainannye? Beli jelah ngan mummy jawabnye atlis mummy leh gk g tukar lain untuk korang!... hahaha

    Ikutkan dah tutup kedai dah minggu lepas tapi gara-gara ni and order dari kazen mummy si Owner Tadika dan Along jadi mummy turutkan juga. Plus, tolong belikan untuk Puan Falisa sekali. Alang kepalang kan? 

    Cuaca lah hujan agak lebat. Kesian Aqif sebab kena angkut jugak dalam hujan pon! 

    Gini lah sayangku, Aqif. Demi mencari rezeki mummy ngan dedi terpaksa juga angkut Aqif yang makin hari makin besar + berat tuh! Dah la Aqif nyenyak sangat tido dalam pangkuan mummy... Mummy mintak maaf kalu Aqif tak selesa ye. Ye lah tangan mummy ade 2 je. mane nak dukung Aqif, mane nak pegang payung, nak jaga tuala atas kepala Aqif dari jatuh.... Maaf sebab tiap-tiap Sabtu Aqif terpaksa hadapi situasi gini. Panas, Hujan, Debu, Bising...

    Huhuhuhu... Ter emosional lah pulak! Mummy sayang Aqif!

    Muke TENSION sebab asyik kena angkut jeh! 

    Nak yang ni lah mummy!

    Lepak lu mummy.. Aqif lenguh r dari tadi lagi duk belek tikar! haha
    Yang orang kedai bukan yang aku punye! Sape2 nak order leh r bgtau ye. Tapi Tahun depan la pulak. Sekarang dah tutup kedai! Happy Holiday!

    Aduhai mane pulak tak pickup the phone nih. Mummy buat busy! Hehehe
     Layan tak gambar-gambar ni? Layan tak layan pun korang layan kan je la. Nasib korang lah! hahaha Ni gambar minggu-minggu yang lepas2 doh. Tadi tak bergambar pun memandangkan hujan turun dengan agak lebat. K la.. Gud Nyte dears!

    Thursday, December 1, 2011

    Cute Gummy Bear For Your Baby

    Hai mummy semua! Anak2 dah tidur ke? Dah pukul bape dah ni kan? Aqif mummy ni bese la kan masih aktif lagi ni duk menilik majalah-majalah dedi die sambil2 menjelajah segenap pelusuk bilik. Kadang-kadang tak tahu nak hiburkan baby kita ni macamne kan? Sian gak macam bosan je mummy tengok Aqif ni. Nak ajar blogging tak buleh lagi. Kalau la boleh kan?? Ahaks!

    2 hari lepas klu tak silap, sayang mummy, ebu Ijah ade buat special dedicated untuk mummy lagu baby ni tau! Sonok sangat2! Mesti Amani duk terloncat-loncat macam Aqif bile dengar lagu ni kan? Aqif betol2 tergedik-gedik taim layan lagu ni. Mummy pasang yang lain siap marah lagi menanges sekali! Dedi pun siap sound lagi " Takdok lagu lain ke? Kat 30x doh pasang lagu tule!" Hehheehe Sori r dedi... Bukan salah mummy! Aqif ni suke sangat lagu ni! 

    Atceli, selain pasang lagu-lagu ketuhanan & zikir-zikir tu, tak salah jugak sekali sekale pasang lagu ni utk baby kita. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.So, leh kembangkan otak anak kita jugak sambil layan telatah anak2 yg sangat menggedik & menghiburkan tuh!  JOM KITA LAYAN SAMA-SAMA OKE! Anak tu jangan lupa packing awal-awal dulu depan pc / lappy tu before play! Let's FUN oke!


    "Sangat Praktikal Di Pasang Ketika Anak Sedang Membuat Perangai"
    "SELAMAT MENCUBA"

    Sunday, November 27, 2011

    Marilah BERMAIN!

    Perhatikan anak-anak anda. Kuat tak mereka bermain?? Aqif saya memang kuat bermain! Mungkin sebab anak lelaki kot? Anak lelaki lebih banyak mainnya berbanding anak perempuan. Korang tau tak yang bermain adalah satu cara bayi dan kanak-kanak mengembangkan deria rangsangan mereka? Deria rangsangan terhadap dunia dan deria rangsangan yang dapat buat mereka menyesuaikan diri.

    Ianya bermula dengan anda semasa mereka membesar. Jadi, luaskan permainan mereka dengan alat-alat permainan, objek dan lain-lain bentuk permainan. Aqif saya tak berapa suka dengan mainan-mainan yg saya belikan untuk dia. Dia lebih tertarik dengan 'mouse laptop', kotak tisu, remote tv, hp atau yang seangkatan dengannya. Tapi takpelah selagi dia masih ada minat untuk bermain kan? Jimat jugak duit mummy tak payah pening-pening beli mainan kan even kadang-kadang mummy yang syok lebih tengok baby toys ni kan? haha

    Saya juga selalu bermain beberapa permainan dengan Aqif. Kebiasaannya saya main 'hide & seek' atau orang kita panggil sorok-sorok tapi orang ganu panggil tang nusuk! mummy buatlah cari-cari Aqif mula lah budak kecik ni tercari-cari mana mummy dia bila dengar mummy panggil "mana Aqif Rizqi aaa.." Mummy main 'ba ba cak' jugak! Besenya depan cermin time nak mandi tu. Tersengeh-sengeh tersipu malu lah anak mummy sorang ni. Comey je nak2 nampak gigi 4 batang tu! Dan permainan yang paling Aqif suka adalah main bayang-bayang atau wayang kulit. Macam yang bese aku main kecik-kecik dulu! Kat dinding, kat lantai dia memang seronok tengok bentuk bayang-bayang tu. Hatta, bila keluar jalan malam2, dia sangat kusyuk tengok bayang-bayang kita kat jalan tu!


    Antara bentuk bayang-bayang yang bese mummy buat untuk Aqif Rizqi. Hehehe. Seronok tau! Korang try lah! Pasti anak-anak korang suke! Bermain dengan anak-anak merupakan perkara yang amat manis dan menakjubkan sekali bagi mereka yang bergelar ibu bapa macam kita ni lah. Ianya adalah satu bahagian penting cara bayi dan kanak-kanak membesar dan belajar.

    Masa yang diluangkan semata-mata untuk berseronok bersama-sama dengan anak-anak. Tapi sebenarnya selain itu

    • kita menyediakan pelbagai jenis peluang pembelajaran buat mereka
    • kita juga membantu anak belajar untuk percaya dan bergantung kepada ibu bapa
    • turut menjadikan anak berasa selesa dan selamat yg mana akan membantu dia membesar
    • membantu anak-anak mengintegrasikan idea-idea ketika mereka belajar tentang dunia realiti
    • dan membantu kita mengenali sesama sendiri dan merapatkan kita dengan anak tersayang


    Aqif dengan walker die. Dah tercabut dah pun bintang tuh. Ganas btol!
    Aqif dengan bola-bola cinta die! Haha
    Sukalah die main dengan ulat bulu die tu. Muke pon dah serupe ulat bulu naik daun dah!


    KAJIAN TENTANG BERMAIN

    Kajian mengatakan persekitaran anak dan pengalaman yang mereka lalui terutamanya pd 3 tahun pertama amat kuat mempengaruhi perkembangan seseorang anak tersebut.

    • Salah satu cara terbaik utk anak belajar. Sama ada XTVT yg dirancang oleh kita untuk anak bermain atau permainan bebas di mana permainan itu tak dirancang dan anak kita bermain ikut cara dia sendiri.
    • Kita boleh tahu personaliti dan tabiat anak kita melalui bermain
    • Anak kita akan dapat banyak manfaat jika mereka boleh meneroka XTVT yg secara semulajadinya akan menarik minat mereka
    • Amat penting utk membentuk kecekapan sosial seseorang anak <--- Salah satu kebaikan playground & tempat-tempat seperti pusat asuhan kanak-kanak dan pra sekolah!
    • Bermain membantu anak mengembangkan pemahaman mereka terhadap diri sendiri serta personaliti mereka.Contohnya melihat muka dia sendiri dalam cermin! Cubalah!


    SUMBER: Majalah Mami Bayi

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites