This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Org Perempuan, dah ready nak Kahwin?





Org Perempuan, dah ready nak Kahwin?
Baca ni.

(^^)

--------------------------------------------------------------------
ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...




*hebak mung orang ppuang ... :)

Friday, May 4, 2012

Janji Allah SWT...




Allah tak pernah janji, orang yg kawin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yg kerja siang malam akan jd kaya.

Tapi,
Allah janji..
Siapa jaga solat, maka dia adalah org yg BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup d dunia
Siapa jaga solat, Allah akan angkat siksa kubur
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tgn kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.

Janji apakah yang lebih baik daripada ini? :)

Saturday, March 10, 2012

Gara-gara 'nak upload dlm fb lah'.....





Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya

" nak upload dlm fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. mem...berikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.

Monday, March 5, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM






1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau
seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada
semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA...



Thursday, February 23, 2012

Hikmah mengucapkan الحمد الله Setelah Bersin~



Kenapa kita mengucapkan “ Alhamdulillah” الحمد الله setelah bersin?




1) Ketika anda bersin, jantung anda berhenti bekerja dan denyutannya.


2) Kecepatan bersin adalah 100 KM/Jam


3) Bersin mengeluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam mulut dan hidung anda.


4) Apabila anda bersin dengan sangat kuat, boleh memungkinkan merosakkan tulang-tulang rusuk anda.

5) Apabila anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, maka boleh mengakibatkan ketegangan darah pada 
leher dan kepala anda, bahkan boleh mengakibatkan fatal, iaitu mati.


6) Apabila anda membuka mata ketika bersin, boleh mengakibatkan bola mata anda keluar dari tempatnya.


7) Sekadar untuk pengetahuan, ketika anda sedang bersin, seluruh organ-organ penting anda akan berhenti untuk satu saat atau kurang satu saat, dan kemudian seolah-olah tidak terjadi apa-apa pada tubuh anda dan 
seolah-olah anda baru terbangun dari maut yang mengerikan sekali.



* Oleh itu kita diperintahkan membaca “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa..^^

Thursday, February 16, 2012

20 tulang dipatahkan serentak semasa bersalin? seram...











Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


banyak kelebihan ......renung2kan lah dan selamat beramal...hehehe...


notakaki: seram jugak tengok-tengok gambar dalam Pakcik Google masa duk google gambar sakit bersalin ni... Uiishh... macam tu lah aku time bersalinkan Aqif kan? Kuasa Allah... takde la sakit sangat time bersalin tu. Lepas bersalin tu yang tak tertanggung... Agagagaga.... Tahun depan sorang lagi! Anda bila lagi? hahahaha...


Sunday, February 12, 2012

Tak boleh baca dan percaya zodiak rupanya walau untuk suka-suka!















Sumber: Printscreen UAI



Teringat dulu2 beli majalah Remaja semata-mata nak baca zodiak even untuk suka-suka. Aigoo.. tak baiknye! Tapi takpe, masa tak tahu di angkat kalam... Dah tahu ni jangan buat lagi lah! Entri lama mami pasal zodiak tu sila jangan baca oke! huhuhuhu

Kelebihan NIKAH ♥ ♥





♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahu akhbar...SERONOKNYA....

Wednesday, February 8, 2012

Apabila Seorang Perempuan....





Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Apabila seorang perempuan sedang tenang, 
disebalik senyuman tersimpan seribu makna. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak sesuatu yang terjadi...


Saturday, February 4, 2012

Al-Fatihah




Tiada masa untuk berdoa?

Hayatilah Al-fatihah dan maknanya di dalam setiap rakaat solat fardhu kita dengan rasa rendah diri, mengharap dan memohon hanya kepada Allah S.W.T.


10 Wasiat Imam Syafie. Wajib baca kalau nak selamat!





Perkongsian Hari ini.... Wasiat Imam Syafie…….. Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat ..... amalkanlah 10 perkara berikut : 

1. Hak kepada diri: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

2. Hak kepada malaikat maut: Menggandakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah…. 

3. Hak kepada kubur: Membuang tabiat suka menabur fitnah, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. Hak kepada Mungkar : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

5. Hak kepada Mizan…..(Neraca timbangan amalan pada hari kiamat): Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan. 

6. Hak kepda Sirat….(Titian siratulmustakim yang merintangi neraka pada hari kiamat): Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

7. Hak kepada Malik…..(Malaikat penjaga pintu neraka): Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 

8. Hak kepada Ridhzuan…..(Malaikat penjaga pintu syurga): Merasa redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima ujian, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat….. 

9. Hak kepada Nabi Muhammad s.a.w: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah…. 

10. Hak kepada Allah s.w.t: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 

Semoga kita saling ingat mengingati.....

Sunday, January 29, 2012

Bila aku cuba menasihati kamu....



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



‎"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." (Iman Hasan Basri)

Wednesday, January 25, 2012

Manusia Bukan Semua Baik


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Lelaki: I nak raba U sikit je
sayang . . .

Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau
terlanjur macam mana ?

Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa
... ... parents U . . .

Wanita 1: Betul ? U nak kawen
dengan I ?

Lelaki : Betul sayang . . .
Sumpah . . .
U diam je k . jangan cakap ape-
ape. I pegang sikit-sikit je .
Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu
I . . . Dulu U kata nak kahwin
dengan I . Tapi bila U dah dapat . U
kawen dengan perempuan lain . . .

Lelaki: I lelaki , U ingat I nak
kawen dengan perempuan yang senang-
senang boleh dapat ? I nak
perempuan yang suci . . . Bukan
macam U , yang senang-senang
bagi tubuh pada lelaki yang
bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke
nak kawen dengan U ?

Wanita1: Sampai hati U cakap
macam tu , dulu . . . Masa U
nak . . .
Macam-macam janji manis U
bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je
mase tu . . . Tapi U bagi . . . I
ambillah . . .

Wanita1: U memang jantan tak
guna . . . I menyesal kenal
dengan U !

Lelaki: U menyesal ? Tapi I
puas . . . Jangan lupa datang 
kenduri I nanti .

Wanita1: U akan dapat
balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya
mendapat jodoh wanita yang
diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN
WANITA YANG BARU
DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so
much . . .

Wanita 2: Me too sayang . . .

Lelaki: I bertuah kawen dengan U .

Wanita 2 : I pun , sayang . . . I
ada something nak bagi tahu U ni . . .

Lelaki: Apa dia sayang ?

Wanita 2: Sebenarnya . . . I
pernah tidur dengan semua teman lelaki
I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari
kepuasan sebelum kawen . . .
Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki
baik macam U untuk jadi suami . . . U
tak kisahkan ?

Lelaki: What ? ? ?! ! !

notakaki: Pengajaran, jangan pk yang nampak baik tu baik dan yang nampak jahat tu selamanya jahat. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Paling penting kita insaf dan bertaubat! 
Lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya.

Renung2kan slmat bramal,wakakaka~~

Saturday, January 21, 2012

9 Jenis Anak Syaitan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Hihihihi!!! Hihihihi! Gile ape tengah-tengah hari duk mengilai lagi! Ahaks Hai semua! Assalamualaikum! Sorry lah, kita kan masih mood hantu seram ni. Aduh... belog mummy dah macam rumah hantu dah kan? Siang malam duk hantu bagai ni.

Sementara mood hantu sedang menggila ni, mummy nak share ngan korang semua pasal setan a.k.a S.Y.A.I.T.A.N. Tau tak yang setan ni berjenis-jenis? Ishh korang ni... bukan I-Setan tuh! Meh bace ni....


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A’awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


So, jom muhasabah diri kita sendiri. Tak payah nak intai-intai orang lain dulu. Cuba sportlight sikit tengok ada berape ekor anak setan bapak nenek moyang setan ke dalam diri kita ni. Mana tau ada lekat 2 3 ekor! Huhuhu...




SUMBER: kurakura

Thursday, January 19, 2012

AMARAN! Kalau Makanan / Minuman Panas, JANGAN TIUP!



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Siapa suka meniup air panas yang nak diminum??



Ada larangan dari Rasululllah Sallallahu'alaihi wassallam....

Rahsia Sunnah - meniup air panas

Hadits Abu Sa'id al-Khudri radliyallah 'anhu, Bahwa Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam
air minum." (HR. al-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)

Jadi sekalipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...
Beliau tidak bisa menerangkn kenapa tp Beliau shallallahu 'alaihi wasallam melarang hal tsb...

Ternyata.....
Dalam penelitian Science... air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung. 

SUBHANALLAH dr page belajar adab-adab sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihi wassallam...


notakaki: Baginda juga melarang kita bernafas ketika sedang minum. Baginda menyarankan kita minum seteguk kemudian bernafas. Patutlah ayah tak bagi kami bernafas masa sedang minum air tu maksudnya bernafas dalam gelas lah! faham sudah....

4 CARA SEORANG IBU HADAPI KEPERITAN DUGAAN HIDUP



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



(1) Kehidupan perlu diteruskan
Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, beliau terfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup beliau juga? Pasti tidak, kerana beliau tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.


(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri anda
Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Anda perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri anda terus dikawal oleh emosi.


(3) Inilah kehidupan
Anda perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya anda merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, anda juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri anda. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan untuk seseorang.


(4) Ketentuan tuhan
Anda perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri anda semua datang dariNYA. Anda tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya anda percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang anda alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya



Tuesday, January 17, 2012

Wordless Wednesday # Berita baik buat semua dari Ustaz Azhar Idrus!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .






Ujian Allah Itu Tanda Sayang



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Bumi mana yang tidak pernah kering kontang. Kapal mana yang tidak pernah karam dihempas badai lautan? Begitulah juga adat resam sebuah ikatan perkahwinan. Bukan setiap masa bahagia takkan tiap saat ketawa.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan yang selama ini berjalan baik, tapi kurang berterima kasih kepada Allah SWT. Mungkin juga kita menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ kita sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka kita tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Marilah belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah? Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut...

“nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.”

Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai peringatan juga, jika kita terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna kita sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan ...

" kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah"

 
Oleh itu, sama-samalah kita renungi bersama. Bersabarlah kerana SABAR ITU INDAH. Allah S.W.T tidak akan menduga hamabaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu sendiri. Mari berserah segalanya pada Allah.

Moga memberi manfaat bersama.
 
 
SUMBER RUJUKAN: Pakar HowTo

Thursday, January 12, 2012

Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Baca pada saat keluar rumah ,70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi...
Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu...
Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat...
Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam....
Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian...


Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah.. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Tuesday, January 10, 2012

7 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Seminggu dua ni ramai jugak kawan-kawan yang tanya and mintak tips rumahtangga bahagia ni. Bahagiakah aku? Kekekeh Al-maklum lah ramai pulak kawan-kawan yang baru pegang title 'pengantin baru' sejak dua menjak ni. Yang nak nikah time raya cina nanti pun ada. Awal-awal mummy mintak maaf ye sebab takleh nak join hari bahagia korang. Mummy doa jelah dari jauh ni moga barakallah lah pernikahan korang hendaknya. <--- Ayat skema takleh blah! Toksah nak panjang-panjang lah sebab banyak lagi yang mummy nak share ngan korang ni. Sila baca tips ni oke! Gud luck! Moga kita berbahagia selalu...


1. Berbicara dengan lemah lembut.

Panggil dengan panggilan kesayangan dan mesra. Takkan kucing je yang ada panggilan manja, kot? Islam sendiri mengharamkan isteri memanggil suami dengan nama nya. Seelok-eloknya,panggil ‘Abang’ ke, ‘Darling’ ke, sejuk sikit hati bila dia dengar, kan. Selain tu, pandanglah suami/isteri dengan penuh kasih sayang setiap kali berbicara. Jangan nak muka ketat je 24 jam! Menyampah tau!


2. Membersihkan diri.

Jaga penampilan diri dan sentiasa bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangan. Ini tak, bila duduk rumah, menghadap suami, tepek bedak sejuk 24 jam. Perfume bawang! Macam kata diri sendiri je? Hah yang suami pulak, dengan kain pelekat dan baju Pagoda siang malam. Selain tu, jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan romantik. Barulah boleh melayari masa yang menyenangkan bersama pasangan. 


3. Jujur dan amanah.

Jangan memandang rendah pada pasangan, saling mengalah dan memaafkan. Paling penting, hargai kelebihan pasangan. Kalau ada kekurangan, jangan sekali-kali dedahkan kepada pengetahuan orang lain. Simpan je lah untuk diri sendiri. Anggap ia sebagai sesuatu yang istimewa sebab hanya kamu dan pasangan saja yang tahu. Tak baik tau cerita buruk rumahtangga kat orang lain! Tak mau Tak mau! Tuhan marah!


4. Kerja rumah tu memang kerja isteri?
Mentaliti ni lah yang perlu dibuang jauh-jauh dalam minda seorang suami. Suami isteri perlu bekerjasama dalam melakukan kerja rumah dan berusaha meringankan beban kerja pasangan. Paling penting, jangan sekali-kali mencela hasil masakan isteri. Kemain lagi dia berpeluh sakan masak kat dapur, datang suami, sedap je komplen itu ini. Tegurlah dengan cara berhemah. Elakkan juga membandingkan pasangan dengan orang lain. Tak kiralah, dengan sepupu kita ke, dengan kekasih lama ke. Buruk padahnya. 


5. Selalu romantis.

Apa salahnya selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini, pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan. Ya lah, dengan kita je lah pasangan boleh buat semua ni, kan. Nak bermanja, mengada sikit. Layankan je lah, apa salahnya. Bukan orang lain pun. Ni asyik nak FB nak mengadap laptop game je 24jam! Dusss!! Terpanah diri sendiri! 


6. Peruntukkan masa bersama.

Masa khusus untuk pasangan sahaja TANPA gangguan mana-mana pihak lain. Seperti makan malam berdua misalnya, solat berjemaah, bersiar-siar, takpun main PS2 sama-sama. Tak kiralah, asalkan bersama. Agagaga... Sayang, jom shopping? Hahhaha


7. Saling mengingati.

Sentiasa menasihati antara satu sama lain. Cuba perbaiki diri dan pasangan ke arah yang lebih baik. Apabila berjauhan, saling mendoakan dan merindui. Pastikan pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita tak kiralah walau berapa ribu batu pun terpisah jauhnya. Yes... saya selalu rindukan awak!


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites