بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
✿ 29 JANUARI | Kak ipar aku, Azrina (Kak Na) selamat melahirkan Aisyah Dania, cucu perempuan pertama dalam Abdullah's Generation. Sama tarikh lahir dengan mak long dia tu, Kak Eda. Pandai Dania pilih tarikh ye?hehehe...
✿ 22 MAC | Waded sebab Air Ketumban baru pecah. Due 14hb kot. Rasa nak melompat je gara-gara happy sangat nak bersalin ni! Can't wait to see my baby!
✿ 23 MAC | Kelahiran Permata Hati Pertama, Muhammad Aqif Rizqi Mohd tepat jam 4.58 petang bersamaan 18 Rabiul Akhir 1432 Hijrah pada hari Rabu yang sangat mendamaikan. Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat!
Tidur tak ingat dunia! |
✿ 1 MEI | Majlis Cukur Rambut Aqif Rizqi dengan Aisyah Dania bersamaan SETAHUN arwah Tokwan meninggalkan aku.
Sebelum Dicukur |
Selepas! BOTAK! Aqif macam tak boleh terima kenyataan je kan? |
✿ 2 JUN | Ulangtahun ke-5 kami sebagai pasangan kekasih
✿ 5 JUN | Ulangtahun pertama kami sebagai pasangan suami isteri
✿ 20 OGOS | Jangkitan kuman Aqif pada tahap kronik. Di tambah pula dengan Ekzema yang dihidapinya sejak lahir. Luluh hati seorang ibu melihat derita anak dia ni. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Ehem-ehem... Siapa nak order leh r roger-roger. Tikar, Kek, Ikan semua ada! haha |
✿ OKTOBER | Aqif dah ada 4 batang gigi baru. 2 bawah, 2 atas. Cute cute cute! Aqif pun dah pandai merangkak dengan laju!
✿ NOVEMBER | Aqif dah pandai meniti + memanjat! Pesat betul Aqif membangun! Hehehe
✿ 28 DISEMBER | Aqif pandai duduk dengan sendirinya. Terkejut mummy! Good Boy! Anak mummy dah pandai berdikari... Aqif pun dah boleh bertepuk amai-amai! Suke! Suke! Suke!
Rasanya itu je kot untuk 2011. Hehehe Moga 2012 ni boleh memberi 1001 makna dan semangat untuk aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan juga anak! Amin
0 comments:
Post a Comment