بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Seminggu dua ni ramai jugak kawan-kawan yang tanya and mintak tips rumahtangga bahagia ni. Bahagiakah aku? Kekekeh Al-maklum lah ramai pulak kawan-kawan yang baru pegang title 'pengantin baru' sejak dua menjak ni. Yang nak nikah time raya cina nanti pun ada. Awal-awal mummy mintak maaf ye sebab takleh nak join hari bahagia korang. Mummy doa jelah dari jauh ni moga barakallah lah pernikahan korang hendaknya. <--- Ayat skema takleh blah! Toksah nak panjang-panjang lah sebab banyak lagi yang mummy nak share ngan korang ni. Sila baca tips ni oke! Gud luck! Moga kita berbahagia selalu...
1. Berbicara dengan lemah lembut.
Panggil dengan panggilan kesayangan dan mesra. Takkan kucing je yang ada panggilan manja, kot? Islam sendiri mengharamkan isteri memanggil suami dengan nama nya. Seelok-eloknya,panggil ‘Abang’ ke, ‘Darling’ ke, sejuk sikit hati bila dia dengar, kan. Selain tu, pandanglah suami/isteri dengan penuh kasih sayang setiap kali berbicara. Jangan nak muka ketat je 24 jam! Menyampah tau!
2. Membersihkan diri.
Jaga penampilan diri dan sentiasa bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangan. Ini tak, bila duduk rumah, menghadap suami, tepek bedak sejuk 24 jam. Perfume bawang! Macam kata diri sendiri je? Hah yang suami pulak, dengan kain pelekat dan baju Pagoda siang malam. Selain tu, jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan romantik. Barulah boleh melayari masa yang menyenangkan bersama pasangan.
3. Jujur dan amanah.
Jangan memandang rendah pada pasangan, saling mengalah dan memaafkan. Paling penting, hargai kelebihan pasangan. Kalau ada kekurangan, jangan sekali-kali dedahkan kepada pengetahuan orang lain. Simpan je lah untuk diri sendiri. Anggap ia sebagai sesuatu yang istimewa sebab hanya kamu dan pasangan saja yang tahu. Tak baik tau cerita buruk rumahtangga kat orang lain! Tak mau Tak mau! Tuhan marah!
4. Kerja rumah tu memang kerja isteri?
Mentaliti ni lah yang perlu dibuang jauh-jauh dalam minda seorang suami. Suami isteri perlu bekerjasama dalam melakukan kerja rumah dan berusaha meringankan beban kerja pasangan. Paling penting, jangan sekali-kali mencela hasil masakan isteri. Kemain lagi dia berpeluh sakan masak kat dapur, datang suami, sedap je komplen itu ini. Tegurlah dengan cara berhemah. Elakkan juga membandingkan pasangan dengan orang lain. Tak kiralah, dengan sepupu kita ke, dengan kekasih lama ke. Buruk padahnya.
5. Selalu romantis.
Apa salahnya selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini, pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan. Ya lah, dengan kita je lah pasangan boleh buat semua ni, kan. Nak bermanja, mengada sikit. Layankan je lah, apa salahnya. Bukan orang lain pun. Ni asyik nak FB nak mengadap laptop game je 24jam! Dusss!! Terpanah diri sendiri!
6. Peruntukkan masa bersama.
Masa khusus untuk pasangan sahaja TANPA gangguan mana-mana pihak lain. Seperti makan malam berdua misalnya, solat berjemaah, bersiar-siar, takpun main PS2 sama-sama. Tak kiralah, asalkan bersama. Agagaga... Sayang, jom shopping? Hahhaha
7. Saling mengingati.
Sentiasa menasihati antara satu sama lain. Cuba perbaiki diri dan pasangan ke arah yang lebih baik. Apabila berjauhan, saling mendoakan dan merindui. Pastikan pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita tak kiralah walau berapa ribu batu pun terpisah jauhnya. Yes... saya selalu rindukan awak!
0 comments:
Post a Comment