بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Sejuknya cuaca petang ni. Sejuk sampai ke tulang. Grrr.... Macam pakai air-cond pulak. Patut lena semacam je anak mummy sorang ni tidur. Sambil-sambil cari idea nak buat freebies header untuk korang ni, ecececeh... ade ke yang nak? hahaha sambil-sambil godek-godek lappy mummy ni, terjumpa folder 'Anakku'.
Kalau korang seme nak tau, time pregnant kan Aqif aritu, mummy rajin betul cari ilmu pasal baby ni. Kononnya nak tambah pengetahuanlah. Al maklum baru 1st time nak jadi mummy. Sekarang? Sekarang bukan lah tak rajin cuma tak berapa nak rajin je! Hakhakhak Lebih kurang lah kan? Komitmen banyaklah takde masa jugak nak godek-godek ni. Nak buat itu lagi, ini lagi, bla bla bla bla....
Ni mummy nak share satu tips untuk tidurkan baby. Baby dari newborn sampai 12bulan boleh lah nak ikut. Yang tak nak pun takpe. Serius mummy tak terasa hati pun! Mummy pun dah lupa dari mana entah ambil artikel ni. Sorry ye tuan punya artikel.
Budak ni kalau dah tidur kat mana-mana pun jadi!
Tidurkan bayi
Bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Keperluan tidur untuk bayi baru lahir hingga usia dua bulan adalah antara 10.5 hingga 18 jam sehari. Sementara bagi bayi usia dua hingga 12 bulan, jumlah tidur yang diperlukan antara 14 hingga 15 jam sehari.
Sebelum itu anda perlu mengenali sifat tidur si kecil agar memudahkan proses mendodoi seterusnya menidurkannya. Biasanya pola tidur tidak teratur berlaku di kalangan bayi usia enam hingga lapan minggu.
Bayi yang sudah melepasi tempoh berpantang iaitu dua bulan ke atas mempunyai pola tidur yang agar teratur.
1. Selesanya katilLetakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur. Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.2. Masa untuk tidurCiptakan jadual tidur yang teratur secara rutin. Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap, maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur. Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama.3. Bersihkan badan duluBadan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya. Pastikan anda sudah memandikan bayi, menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya.4. Mari menyusuAktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil. Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya.5. Tepuk dan dodoiBayi suka mendengar irama lembut didodoikan ketika mata hendak terlena. Apatah lagi jika diiringi dengan tepukan lembut di punggungnya.6. Ingatan waktu tidurUntuk mencipta rutin tidur bayi, sentiasa ingatkannya sudah tiba masa untuk tidur. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Adik, sudah tiba masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam’.7. Bermain seketikaBerseronok dan bergurau dengan si kecil boleh membuatkan dia letih dan sekaligus memudahkan untuknya tidur.8. Guna penandaTiada salahnya menggunakan prop tertentu bagi menandakan sudah tiba masa untuk tidur. Membaca buku misalnya boleh mengasyikkan si kecil dan dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.
Selamat mencuba ye ibu-ibu semua. Aqif Alhamdulillah...
Bab tidur memang mudah nak-nak bila mummy cuba tips ni... Hehehe
0 comments:
Post a Comment