بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Dah pukul 1 pagi.... Tiba-tiba kedengaran anjing belakang rumah menyalak! Argghh! Apahal pulak anjing ni? Apakah? Aduh... Aku yang asyik membasuh pinggan mangkuk membersih dapur (baru nak bersih dapur ke? haruslah sebelum tidur kena lah tengok dapur dulu kak!) mula nak meroyan bila bunyi dah makin kuat ni. Meremang bulu tengkuk ni! Serammmm...
Tapi anjing tu hanya intro semata-mata! Bila seram-seram ni mulalah aku teringat cerita-cerita seram time sekolah-sekolah dulu. Banyak kot! Yang aku alami sendiri pun ada tau! Nak dengar? Sanggup ke? Ada yang tidur berteman pulakkan? Yang pasti aku yang tak sanggup tak berani nak cerita tengah-2 malam gini. Gila kau! Jangan cari pasal oke! Kahkahkah.... Penakut Berani kan?
Okeylah... nanti aku akan spend masa buat adik-adik semua untuk bercerita hantu-hantu yang menyeramkan tu... Cakap je nak hantu ape! Hantu Kak Limah balik rumah tak sempat lah akak nak alami kan! Korang tengok DVD sudah! Weh... agak-agak nanti David Teoh minat tak ngan cerita hantu akak nanti? Untung-untung dia buat movie kan? Bertuah mak! Ni lah orang cakap...
"Untung sabut timbul Untung aku? memang jangan ko nak berangan boleh tak!" Hahahaha
Jom layan cite Puaka Tebing Biru dulu lah.... Nak tido tapi takleh tido! Bala apa pulak cite hantu time-time camgini. Tak nak bagi aku tido sampai pagi lah tuh. Tengok Mat Aqif lena je dari tadi... Sila jangan salah paham oke! Bukan sebab takut! Aku bila terjebak dengan cite hantu ni memang kena tengoklah! Minat kot?... Minat sangat... Argghh!! Jangan haraplah boleh tengok sampai abis! Dedi nya dah tunggu ngan remote tu. Sekali dengan hasutan hantu bola! Grrrr.... Masuk tido dulu! Berlalu dengan mood frust takleh tengok cite
notakaki: Nanti mummy cerita ye pengalaman mummy bertemu hantu! Sesuatu yang tertinggal! Hihihihihihi... Ade dengar orang mengilai tak?
0 comments:
Post a Comment