Tadi Cik Imah ada bagi novel Siti Rosmizah yang memang dah lame mummy nak bace tu! Nak beli tak berkemampuan. Tengok tebal pelik je, maka tebal jugak lah duet poket aku diperlukan nanti. Jadi, terpaksa ku tunggu hamba-hamba Allah lain yang sudi dan rela meminjamkan novel itu kepadaku! Walau seribu tahun lamanye hahaha Kalu taik hidung masin tu ngaku jelah mummy Aqif oii!
Tenkiu ye Cik Imah! Katanya Dedi yang nak pinjam bace tu yang die pinjam novel tu dari Kak Lisa tuh! Wahh!! Dedi pon nak bace jugak? Sori ye Dedi.. Izinkan mummy setel dulu sampai khatam novel ni. Agak-agak lame mane lah mummy perlukan mase untuk habiskan 810 muka surat tuh ye?? seminggu? sehari? sebulan? hehehehe
Sebelum ni ada lagi 2 novel yang Siti Rosmizah dah tulis, Andai Itu Takdirnya dan Cinta Kau dan Aku. Boleh dikatakan ketiga-tiga novel ni hit and meletup..!! Cinta Kau dan Aku, mummy dah ade buat koleksi. Andai Itu Takdirnya je yg mummy dang bace separuh je time nak konvo dulu. Tu pun mase lepak umah Zahirah dulu... Nanti-nanti lah pulak mummy cari novel tu pulak. Rasanye Kak Lisa ade jugak kot? Ntah lah...
Ni Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.
Novel ini telah menduduki carta TOP 10 di Kedai Buku Popular. Tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan sangat sinonim dengan novel-novel karya Siti Rosmizah sebelum ini. Plotnya mudah dicerna dan mengikut kronologi. Permulaan cerita mengisahkan tentang penderitaan Tengku Aqilah yang dilayan seperti anak tiri oleh papa dan kakak kandungnya sendiri. Plot dikembangkan dengan pemergian Tengku Aqilah yang menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah selesai belajar, Tengku Aqilah pun pulang dan tinggal di rumah keluarganya. Berbagai masalah, ujian dan cabaran berlaku selepas Tengku Aqilah menerima tawaran dari kakaknya iaitu Tengku Natasha untuk bekerja dalam syarikat milik keluarganya.
Novel ini sangat sesuai dibaca kepada sesiapa yang meminati kisah-kisah cinta romantis. Banyak terdapat dialog dan ragam lucu yang membuatkan pembaca tersenyum dan ketawa geli hati. Walaupun adegan sedih banyak terdapat di dalam novel ini, namun jalan ceritanya diseimbangkan dengan aksi-aksi lawak jenaka yang membuatkan pembaca tidak sempat untuk melayani perasaan sedih mereka. Novel ini sesuai untuk pembaca yang ingin merehatkan minda mereka dari membaca bahan-bahan ilmiah. Selain ianya menghiburkan, terdapat juga nilai-nilai murni yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
0 comments:
Post a Comment