This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, January 6, 2012

Freebies Header (Part 1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Mood sangat baik malam ni. Jadi dapat jugak buat header ni. Free je mummy bagi! Susah jugak ye nak buat header ni. Patut lah orang marah sangat copycats copydogs tuh! Eh? Ade ke copydogs? Hotdog ade lah. Makan pun sodap! Kenyang2.... Tenkiu Encik Suami untuk mee goreng yang sedap tuh! Nak-nak orang buatkan lagi lah sedaappp kannn?? Hahhaha

Oke lah! Taknak panjang-panjang... Korang tengok lah header yang mummy buat ni. Oke ke tak. Kalau nak dan rasa lawa amek je lah. Kalau rasa huduh tahap gaban, korang request lah nak yang macamane. Biar mummy try buat. Yang ni 1st trial... Ni pun ketar-ketar publish kat korang takut jugak mulut jamban! Hahaha Jadi, takleh lah nak hyper estimate sangat! But, i believe that practice make me perfect! Yang penting saya cuba! Kan? Kan? Kan? Berapa kali kan daaa... Ada jugak yang terangkang kang!


http://i1232.photobucket.com/albums/ff366/mummysbiz/FreebiesHeader.png

Please enjoy my freebies ni. Hope korang boleh tinggalkan link belog korang kat sini kalau ambil header yang tak seberapa ni. Bukan apa, bukan nak megah just nak tahu sape lah yang sudi amek header mummy ni. Hehe Please oke adik-adik! Leave ur link & credits for me oke! Tqvm

# Credits Photo http://howiusedtobeme.tumblr.com

Thursday, January 5, 2012

Mari ber"HUSNUDZON" (bersangka baik)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Cara Tidurkan Bayi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Sejuknya cuaca petang ni. Sejuk sampai ke tulang. Grrr.... Macam pakai air-cond pulak. Patut lena semacam je anak mummy sorang ni tidur. Sambil-sambil cari idea nak buat freebies header untuk korang ni, ecececeh... ade ke yang nak? hahaha sambil-sambil godek-godek lappy mummy ni, terjumpa folder 'Anakku'. 

Kalau korang seme nak tau, time pregnant kan Aqif aritu, mummy rajin betul cari ilmu pasal baby ni. Kononnya nak tambah pengetahuanlah. Al maklum baru 1st time nak jadi mummy. Sekarang? Sekarang bukan lah tak rajin cuma tak berapa nak rajin je! Hakhakhak Lebih kurang lah kan? Komitmen banyaklah takde masa jugak nak godek-godek ni. Nak buat itu lagi, ini lagi, bla bla bla bla....

Ni mummy nak share satu tips untuk tidurkan baby. Baby dari newborn sampai 12bulan boleh lah nak ikut. Yang tak nak pun takpe. Serius mummy tak terasa hati pun! Mummy pun dah lupa dari mana entah ambil artikel ni. Sorry ye tuan punya artikel. 


Budak ni kalau dah tidur kat mana-mana pun jadi! 


Tidurkan bayi

Bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Keperluan tidur untuk bayi baru lahir hingga usia dua bulan adalah antara 10.5 hingga 18 jam sehari. Sementara bagi bayi usia dua hingga 12 bulan, jumlah tidur yang diperlukan antara 14 hingga 15 jam sehari.

Sebelum itu anda perlu mengenali sifat tidur si kecil agar memudahkan proses mendodoi seterusnya menidurkannya. Biasanya pola tidur tidak teratur berlaku di kalangan bayi usia enam hingga lapan minggu. 
Bayi yang sudah melepasi tempoh berpantang iaitu dua bulan ke atas mempunyai pola tidur yang agar teratur.
1. Selesanya katil
Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur. Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya. 
2. Masa untuk tidur
Ciptakan jadual tidur yang teratur secara rutin. Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap, maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur. Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama. 
3. Bersihkan badan dulu
Badan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya. Pastikan anda sudah memandikan bayi, menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya. 
4. Mari menyusu
Aktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil. Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya. 
5. Tepuk dan dodoi
Bayi suka mendengar irama lembut didodoikan ketika mata hendak terlena. Apatah lagi jika diiringi dengan tepukan lembut di punggungnya. 
6. Ingatan waktu tidur
Untuk mencipta rutin tidur bayi, sentiasa ingatkannya sudah tiba masa untuk tidur. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Adik, sudah tiba masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam’. 
7. Bermain seketika
Berseronok dan bergurau dengan si kecil boleh membuatkan dia letih dan sekaligus memudahkan untuknya tidur. 
8. Guna penanda
Tiada salahnya menggunakan prop tertentu bagi menandakan sudah tiba masa untuk tidur. Membaca buku misalnya boleh mengasyikkan si kecil dan dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.

Selamat mencuba ye ibu-ibu semua. Aqif Alhamdulillah... 
Bab tidur memang mudah nak-nak bila mummy cuba tips ni... Hehehe

Wednesday, January 4, 2012

Hadiah Buat Nur Zulaikha Amani

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .





Dah setahun dah budak kecik ni. Sorry lah Mi Yah jauh tu yang tak dapat nak bagi Amani hadiah-hadiah lain.  Ni jelah yang Mi Yah mampu buat khas untuk Amani. Haraplah sudi terima yea!

# Aqif Rizqi bulan 3 ni pulak! Yabedabeduuu...

Saya tak curi! Saya buat header sendiri oke!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Tiap-tiap kali usha belog sendiri, macam ada je yang tak kena. Header! Yes! I need to change that! Tapi  nak buat header macam header yang original tu. Tapi nak sketch sendiri tak reti! Ape susah? Encik Photoscape kan ade? Malam tadi dalam pukul 11 sebelum tidur, gigih lah mummy duk edit-edit. Sementara masih bersemangat memang tak leh nak postpone dah. 

Dugaan? Ada lah budak tu sibuk duk memanjat-manjat. Hish... mummy duk kusyuk ni boleh pulak dia kacau! Dedi? Dedi geleng kepala je. Abis-abis boleh pulak Dedi perli "Ni kalau tak cukup masa buat kerja rumah ni, tau lah puncanya" Kahkahkah... Tau takpe! 

Siap edit gambar, edit word pulak kat Encik Adobe Photoshop! Kat 2 jam jugak lah dari pukul 6 tadi. Dan inilah hasilnya... Jeng Jeng Jeng...


Sila fokus pada header sahaja oke! Ni versi original. Memang beautiful!

dan ini...

Apa macam? Menjadi tak? Cantik tak? Nada Alex Casa Idaman gitu! Whatever lah. Janji puas hati sebab buat sendiri bersengkang mata. Gambar muka sendiri pulak tu bukan curi-curi yang orang lain punya. Hehe

Pasni agak-agak leh lah mummy nak buat bisnes header pulak kan? Yang penting ada ke orang nak order ngan mummy ni? Hahaha Perasan betol lah mak budak nih! 


# Tetiba rasa nak buat Freebies Header la pulak! 

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Tuesday, January 3, 2012

Wordless # Today

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites