Thursday, February 16, 2012

Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan...





Alhamdulillah... sape yang taknak rezki Tuhan bagi kan? Mesti korang pun pernah  dengar "bahaya jangan dicari, rezki jangan ditolak..." kan? Lepas dapat anak laki, hati dan perasaan mana yang tak gembira dengan perkhabaran ini. Pucuk di cita Ulam mendatang lah jawabnye... Suami pun jawab, "Rezeki..."

"Tahniah, kandungan puan sihat. Dan yang baiknya, kandungan puan, perempuan..." Syukur!

Bila doc cakap camni, memang rasa nak melompat je. Kalu betul-betul melompat ni kompem la pecah siling. Happy punye pasal! Aku kan bintang lompat tinggi daerah dulu... Huahuahua Mula lah nak tahu bile due date die. Memang berita baik... Anak lelaki, anak perempuan... Terasa lengkap sudah keluarga...

"Bila due date?..." memang tak sabar dah tak tahu...


"Bulan 6 ni... hehehe"

Apa? Aku ingatkan baru tahu je mengandung last-last ngah tunggu masa nak meletop je. Wah... Hebat betul mereka! Syukron, Ya Allah... Aqif bakal dapat kawan baru lagi. Tak sabar pulak tunggu baby gurl ni. Tapi baby gurl ke? Iqbal Hanif, Aisyah Dania dan dot dot dot?... Anak itu rezeki. Anak aku, Rizqi! hehe


"Sampai hati Kak Na tak tunggu saya dulu... Saya pun nak jugak anak perempuan! Jeles ni..."
Aisyah Dania, Si comel!

Insya'llah, akan mami usaha ke arah itu. Kak Na, nak tips baby gurl ada dop? Ramai yang membaca ni nak tahu tips2 baby gurl ni termasuklah yang penat menaip ni. haha... Takpe2, Pakcik Google kan ade. So, kawan-kawan yang nak tahu tips-tips nak dapatkan anak perempuan leh baca kat entri Tips Hamil Anak Perempuan ni. Penat mami google tadi. Tapi ingat tau! Kita hanya berusaha, semuanya atas Allah S.W.T. Kita merancang Allah menentukan. Yang penting, terima dengan seikhlas hati. 

Sila ingat 3 PERKATAAN INI... "INTEND (Berniat), PLANNED (Dirancang) & WANT(Mahu)" Baru lah kita ada semangat nak jadi ibu yang terbaik buat anak kita...


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites