Assalamualaikum semua! Dah lunch? Kul 3 lebih dah ni. Jangan asyik ngan blogwalking sane sini sampai lupe makan sudah lah yea. Arini nak updated sikit pasal perkembangan baby ni. Siapa lagi kalu bukan pasal Qizeqi nih... Blog mummy tapi seme nak updated pasal Qizeqi. Aci tak? Hehehe
Memandangkan Qizeqi dah 7 bulan 23hb baru ni, so tergeraklah hati mummy nak share sikit ngan u'olls pasal baby kite nih! Hit me baby one more time! Sempat lagi tu merapu... So, jom check perkembangan baby anda!
1) MELONJAK-LONJAK
- Bayi Anda
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya. (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
- Qizeqi Saya
2) BELAJAR MEMEGANG
- Bayi Anda
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.
Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah.
Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.
- Qizeqi Saya
Yang ni Qizeqi memang dah terer. Seronok je die duk pegang-pegang bola, buku die & aneka mainan yang ada. Bila mummy letak mainan die jauh je mula la laju die duk kejar mainan die tu. Seronok sangat2 tengok! Laju pulak tu die ngesot2 nak capai ambik mainan die tu! Macam suster ngesot la pulak mummy tengok. Pahtu mule r sengeh2.... tertunggeng sane, tertunggeng sini... Hihihi
Mulut memang nak muncong kan?! haha |
Yeay! Dah dapat! |
3) TUMBUH GIGI
- Bayi Anda
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan) dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi. Ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.
- Qizeqi Saya
Bab ni baru seronok nak citer ni. Baby anda dah tumbuh gigi belum? Qizeqi saya dah! Seawal 7 bulan aritu gigi comey die tumbuh! Patutlah Qizeqi demam. Mummy dah agak dah mesti kes nak dapat benda baru ni. Tengok2 dah 3 batang keluar. Kecik molek je gigi Aqif. Al maklum dulu mane tengok gigi sendiri tumbuh mase kecik-kecik. Tengok gigi anak sendiri jadi excited la pulak!
Duk godek-godek jumpe pic nih je yg clear nampak gigi comey die. Tapi gigi atas je. Pic gigi bawah xde lah pulak! Hmm nape gigi Qizeqi cam senget je tuh? |
4) MENGUJI AUTORITI ANDA
- Bayi Anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
- Qizeqi Saya
Sibuk jugak die! |
5) PERASAAN TAK SENANG BILA BERPISAH
- Bayi Anda
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.
Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.
- Qizeqi Saya
Ni satu lagi peel yg makin menjadi2...pantang letak kejap je trus la berdrama anak teruna aku nih! Mmg bingung mummy dibuatnya. Tinggal kejap ngan mainan, ralit la kejap. Tapi bile nampak aku semula, abis r start menangis balik. Now dah pndai mengesot merangkak, mmg sampai ke dapur la jawabnye kalu tak angkat die! Beli walker pon haaraam xmboh jugok! Cuma yg buat mummy rasa cair bile Qizeqi nampak mummy je terus senyum lebar macam la mummy nak amek die! U really make my heart melt, son!
STOP dulu kat sini ye! Banyak lagi ni perkembangan baby2 kite nih.... Nantikan sambungan seterusnya nanti!
Bye! Bye! Bye!
Sumber : Baby Center
0 comments:
Post a Comment