This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, October 31, 2011

PERKEMBANGAN BAYI ANDA SEMASA 7 BULAN (Part 2)


Jom layan sambungan perkembangan baby kite nih... Yang belum baca leh check sini untuk Part 1 yea!

6) MEMAHAMI BAGAIMANA OBJEK BERHUBUNG KAIT

  • Bayi Anda
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda. 

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.
  • Qizeqi Saya
Kami sangat suka main cak-cak depan cermin. Biasanya time nak mandikan Qizeqi & time mandikan Qizeqi (mandikan die depan cermin la katakan) Suke r die tgk muke sape ntah yg comey2 dlm cermin tuh! Anak mummy ni kan suke sengeh, jadi mule r sengeh2 sambil nampak gigi die! Fun Fun Fun!

7) PATUNG DAN PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN
  • Bayi Anda
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.
  • Qizeqi Saya
Sebut pasal mainan ni, banyak la jugak mainan budak kecik nih. Mummy la ni yg giler sangat jenis takleh tgk mainan budak2!hehehe Bola, Patung Ziffi (tertinggal umah nenek la pulak!), Bola IKEA (tokki yg hadiahkan! kesayangan die la skrg nih), Buku lembut2, ABC cantum2 dll lagi lah. Cuma budak kecik ni lagi suke main remote tv, handfone mummy & daddy sambil hempok2 ke lantai! kalu amek kompem2 nanges! & Bekas Tisu Basah die! Bagus jugak kn? Dah jimat duit mummy tak payah beli mainan lagi! 

Kenangan dengan Ziffi tersayang. Nama nak class kan? Ziffi tau!

Ni lah peneman setia Qizeqi sekarang. Apa-apa musti nak bola nih!

So, inilah diantara perkembangan-perkembangan baby kita yg perlu kita  alert. Sebagai ibu perasaan risau tu mmg takleh nak tinggalkan? Macam-macam kita pk takut baby kita ni ade masalah la ape lah....padahal takde apa-apa pon....kan? kan? Mesti korang duk bertanya  ADAKAH BAYI SAYA MEMBESAR DENGAN NORMAL kan? Meh baca sini...

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

Lega dah?? Hehehe.. Ingat tau, info ni sebagai panduan sahaja. Jangan lah terlalu bimbang nak2 bile anak-anak kawan kita semua dah mencapai perkembangan yg sepatutnya. Jangan paksa baby kita sebaliknya sama-sama lah kita sokong dan pk cara terbaik dalam membantu menggalakkan perkembangan anak-anak
kita. Wallahualam...

SUMBER: Baby Center

"Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!"


Blogjogging kat blog adik aku Najmi ternampak la pulak banner nih! Syok jugak nak2 boleh tambahkan kenalan & followers kan. So, apa lagi terus lah join! So korang tunggu apa lagi? Jom la sekali!

Jom Jom JOm!! Taknak cakap banyak dah jom pakat blogwalking kat blog dari Cik Bunny ni! Macamana nak join?? Click je banner kat bawah nih... (Mak budak pon tak hingat jugak nak join segmen2 camni tau!) Wakaka I muda lagi oke even dah beranak pinak! Sweet 24 gitu! Sweet lagi ke? Sweet Sour! Haha



GOOD LUCK! 
EXPIRED DATE: 20 NOVEMBER 2011

PERKEMBANGAN BAYI ANDA SEMASA 7 BULAN (Part 1)

Assalamualaikum semua! Dah lunch? Kul 3 lebih dah ni. Jangan asyik ngan blogwalking sane sini sampai lupe makan sudah lah yea. Arini nak updated sikit pasal perkembangan baby ni. Siapa lagi kalu bukan pasal Qizeqi nih... Blog mummy tapi seme nak updated pasal Qizeqi. Aci tak? Hehehe 

Memandangkan Qizeqi dah 7 bulan 23hb baru ni, so tergeraklah hati mummy nak share sikit ngan u'olls pasal baby kite nih! Hit me baby one more time! Sempat lagi tu merapu... So, jom check perkembangan baby anda!

1) MELONJAK-LONJAK

  • Bayi Anda

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya. (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
  • Qizeqi Saya
Baby mummy ni masih lagi belum mampu nak duduk. Kalu setakat melonjak2 tu boleh la. Kdg2 ade jugak die buat aksi duduk senget. Risau pulak sakit pinggang budak ni nnt! Haha

2) BELAJAR MEMEGANG
  • Bayi Anda
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek. 

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. 

Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.
  • Qizeqi Saya
Yang ni Qizeqi memang dah terer. Seronok je die duk pegang-pegang bola, buku die & aneka mainan yang ada.  Bila mummy letak mainan die jauh je mula la laju die duk kejar mainan die tu. Seronok sangat2 tengok! Laju pulak tu die ngesot2 nak capai ambik mainan die tu! Macam suster ngesot la pulak mummy tengok. Pahtu mule r sengeh2.... tertunggeng sane, tertunggeng sini... Hihihi

Mulut memang nak muncong kan?! haha
Yeay! Dah dapat!

 3) TUMBUH GIGI

  • Bayi Anda
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan) dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi. Ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

  • Qizeqi Saya
Bab ni baru seronok nak citer ni. Baby anda dah tumbuh gigi belum? Qizeqi saya dah! Seawal 7 bulan aritu gigi comey die tumbuh! Patutlah Qizeqi demam. Mummy dah agak dah mesti kes nak dapat benda baru ni. Tengok2 dah 3 batang keluar. Kecik molek je gigi Aqif. Al maklum dulu mane tengok gigi sendiri tumbuh mase kecik-kecik. Tengok gigi anak sendiri jadi excited la pulak!
Duk godek-godek jumpe pic nih je yg clear nampak gigi comey die.
Tapi gigi atas je. Pic gigi bawah xde lah pulak! Hmm nape gigi Qizeqi cam senget je tuh?
4) MENGUJI AUTORITI ANDA
  • Bayi Anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
  • Qizeqi Saya
Memang benar! Saya akui kadang-kadang Qizeqi memang menguji kesabaran saya! Orang sibuk membungkus tikar, die pon same naik jugak nak tolong! Orang tengok tv syok2 ye duk tekan2 main remote! (Remote antara mainan pebret die selain dari kipas, plastik & handfone kami. Sambil tekan2 cannel lain tu die sengeh2 tanda tak bersalah) Makin kite cakap tak boleh, makin tak duk diam la die. Last2 mummy bagi jela apa yg Qizeqi nak main sbb secara tak langsung die sebenarnya sedang kembangkan sel-sel otak untuk bercantum! Mcm iklan Anmum pulak!
Sibuk jugak die!
5) PERASAAN TAK SENANG BILA BERPISAH
  • Bayi Anda
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam. 

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.
  • Qizeqi Saya
Ni satu lagi peel yg makin menjadi2...pantang letak kejap je trus la berdrama anak teruna aku nih! Mmg bingung mummy dibuatnya. Tinggal kejap ngan mainan, ralit la kejap. Tapi bile nampak aku semula, abis r start menangis balik. Now dah pndai mengesot merangkak, mmg sampai ke dapur la jawabnye kalu tak angkat die! Beli walker pon haaraam xmboh jugok! Cuma yg buat mummy rasa cair bile Qizeqi nampak mummy je terus senyum lebar macam la mummy nak amek die! U really make my heart melt, son!


STOP dulu kat sini ye! Banyak lagi ni perkembangan baby2 kite nih.... Nantikan sambungan seterusnya nanti!
Bye! Bye! Bye!

Sumber : Baby Center

Rindu Anak Kepada Ayahnya

Rindu Anak Kepada Ayahnya

Bocah kecil itu menemui ayahnya yang payah karena kerja. Sebab, dari pagi hingga sore, ia mengontrol berbagai proyek dan kontraknya. Ia tidak punya waktu untuk diam di rumah selain untuk makan dan tidur.

Bocah : “Ayah, kenapa engkau tidak lagi mau bermain denganku dan bercerita kepadaku? Aku sangat merindukan cerita-ceritamu dan ingin bermain denganmu. Bagaimana pendapatmu bila hari ini engkau bermain sebentar denganku dan bercerita satu kisah kepadaku?”

Ayah : “Anakku, aku tidak punya waktu untuk bermain dan membuang-buang waktu. Karena aku punya pekerjaan dan waktuku sangat berharga.”

Bocah : “Berilah aku satu jam saja dari waktumu, karena aku sangat merindukanmu, wahai ayahku.”

Ayah : “Anakku tercinta, aku bekerja dan berjuang untuk kalian. Dan waktu satu jam yang engkau inginkan agar aku habiskan bersamamu itu, bisa aku pakai untuk mendapatkan penghasilan tidak kurang dari 100 real. Jadi, aku tidak punya waktu untuk sesuatu yang sia-sia bersamamu. Ayo, pergilah dan bermainlah bersama ibumu.”

Hari demi hari berlalu, dan kesibukan sang ayah semakin bertambah. Suatu hari bocah itu melihat pintu kantor ayahnya terbuka, maka ia masuk menemui ayahnya.

Bocah : “Ayah, berilah aku 5 real.”

Ayah : “Untuk apa? Setiap hari aku memberimu uang lima real. Untuk apa uang sebanyak itu? Ayo, pergi dari hadapanku. Aku tidak akan memberimu apa-apa sekarang.”


Si anak pun pergi dengan perasaan sedih. Sementara sang ayah duduk sambil berfikir tentang apa yang dilakukannya terhadap anaknya. Dia pun memutuskan untuk pergi ke kamar anaknya untuk menghiburnya dan memberikan lima real kepadanya.

Bocah kecil itu sangat gembira menerima uang lima real tersebut. Kemudian bocah itu langsung, menuju ranjangnya dan membuka bantalnya. Lalu dia mengumpulkan uang yang ada di bawahnya dan mulai merapikannya. Lima real untuk melengkapi jumlah uangnya.

”Ayah, sekarang ambillah uang 100 real ini dan berilah aku waktu 1 jam dari waktumu,” ujar bocah yang polos itu.


Ibrah

Wahai para ayah, dimanakah engkau saat anakmu membutuhkanmu? Berapa banyak waktu yang engkau berikan untuk anakmu? Di mana rasa kasih sayangmu bagi mereka? Wahai para ayah, ingatlah bahwa anakmu membutuhkan kasih sayangmu, membutuhkan senyummu, membutuhkan kebersamaanmu, membutuhkan perhatianmu, membutuhkan semua kebaikan darimu. Mereka tidak butuh uang, mainan, makanan, atau harta lainnya, sedangkan engkau tidak memberikan kasih sayangmu pada mereka. Wahai para ayah, kembalilah…

Dikutip Dari : Malam Pertama Setelah Itu Air Mata”, Pustaka ELBA, Surabaya : 1428/2007

Demikian tadi sahabat postingan kali ini mengenai : Rindu Anak Kepada Ayahnya.Semoga bermanfaat untuk diambil ibrahnya sahabat

Sunday, October 30, 2011

Annual Dinner Mat Hill 2011

Assalamualaikum readers!! Macamane today? Takkan tak buat XTVT ape2 kot? Tipu ler! Ke korang membuta je ni sampai petang? Jangan mare ye Hahaha Saje la kan bosan-bosan sambil melayan Qizeqi aku ni meh aku nak updated skit untuk korang. 

Malam tadi sekolah My Zorro ade buat Annual Dinner macam tahun2 yg sudah. Dengar je ade Annual Dinner dah kalu pompuan tu mule r pening nak pakai baju ape. Al maklum la stok baju yg ade mmg la sangat2 tak banyak jawabnya. Ade pon baju yg dah sendat mendat! Kan aku dah makin cumey a.k.a C H U B B Y!

Nasib la ade yg baik hati nak menaja baju aku untuk malam tu. Taja gitu! Class ko yah! Kredit la to Cik Naimah untuk baju yg comey tu! My Zorro pon kabo baju awok tu comey + cantik!=))
Sempat jugak kami meronda The Spring jap cari baju En Zorro pulak! Kalu tak beli baju idaman die tu, kompem kompem lah tak tenang hidupnye Hahaha

Tahun lepas aku bawak perot, tahun ni bawak anak pulak! haha 
Mungkinkah tahun depan aku bakal bawak perot lagi? Mungkinkah...
 Cewah korang... senyum lebar ye bile dgr aku nak bawak perot pulak ye? Rilek la dulu... 

Fun jugak malam tadi. Takde lah protokol sangat cam tahun lepas. 
Kitorang sampai lambat skit malam tadi sbb patah balik ambik camera My Zorro tertinggal. Sampai2 je meja dah penuh. Tak dapat la nak semeja ngan geng-geng Matang Jaya. Cik Tie, Naimah, Kak Fa, Kak Liza, Kak Ton, Nana, Kak Lisa, Kak Wani (Eh, Kak Ton, Nana, Kak Lisa pon area Matang Jaya jugak ke? Suke suki aku jeh) Tapi takpe lah. Janji leh gak duduk kan??
Wanita - Wanita Riang ^_^
Sepanjang dinner tu yg aku takkan lupa adalah bile Qizeqi menjadi tumpuan. Kalah mummy tau! 
Tak aci btol Qizeqi nih! Mummy tak malu kan? Nak jugak die! haha BTW, Thanks a lot pada mereka-mereka yg sudi pegang Qizeqi I ni. Kejap tengok ade kat meja tu, kejap kat sini, tengok2 hujung nung plop! Leh I makan dengan tenang 
(Atceli tak tenang la mane sbb gigi + gusi sakit! Help! But Dentist NOT ALLOWED!) 

My Zorro mmg la sibuk dengan 'buah hati die' Oppsss.. Jgn salah paham ye! No skandal right now plzz!Buah hati tu camera die la. Tiap mase sibuk snap gambar ngan Cikgu Lehin & Zizi. Macam2 ragam aku tgk. Kelakar + Lawak giler! Big claps to Photographer also!

Sebelum terlupa, aku nak wish tahniah buat mereka2 yg berjaya kekalkan imej sopan & cantik. 
Wow jugak tau! Dan pada mereka2 yg terLALU WOW tu... 
Korang memang WOW lah! Boleh pulak macam tu kan? Haha
Apelagi Jom r layan gambar-gambar WOW yg terpilih nih! 
Cau Cin Cau

Kaki Semeja ^_^ 
Muhammad Aqif Rizqi Mohd Azrul
Korean Style g2! Haha
Eh Puan Falisa & Puan Nana lah... Peace Yoo!!
Cik Naimah & Cik Suriati
Comey teh demo! Demo loni tok supo mulo! Ewah!
Suke sangat tengok gambar nih! Sweet sangat2!!
Hai Cik Adik manis, sapa nama?? ^^
Qizeqi dengan Aunty Imah a.k.a Peng Sponsor Baju Mummy a.k.a  Babysitter
Class ko Imah!! Hehek
Aunty Fa dengan Qizeqi pulak. Muka ketatnye anak mummy nih!  Tengok Aunty Fa comey je senyum tu!
p/s: Aunty Fa, bile lagi nak bagi Aqif kawan ni?? ^^,
Dang lagi tu Lehin Photographer shoot Cik Imah kite! 
Muuaaahh!!! Sayang Mummy! 
Gggrrrrrrr!! Ape tengok2?? Nak tengok gigi orang la tuh! 
Akhirnya muncul juge Zorro Photographer!
Bulatnye pipi awak, cayang...! Oppsss 
Totally US! Not United State oke! 
Kat 2 jam baru lah nok galok suke ria anak mummy nih!
Comey comey comey!!! Puji anak sendiri g2!
Dan sebenar-benarnya aku ^^
Aku ngan Kak Liza! Sakit ke kak? Pucat je tengok??
Last But Not Lease (Betol ke aku eja ni?)
Ehem ehem... Korang layan jela ye! Haha


CONCLUSIONNYA,  

Thursday, October 27, 2011

Puding Kastard Marble

Heloowwww... dah lain macam je sebutan die! haha.. Nah resepi puding yg aku janjikan aritu... Atceli aku amek resepi puding ni dalam tenet jugak. Juz aku upgrade je ikut bahan2 yg ad kat dapoo... Jom r try! Sedap jugak puding nih... (cuma puding aku lembek skek! Ahaks)  Tenkiu akak resepi! =)


Resepi Puding Kastard Marble

Puding Kastard Marble Versi Mummy Aqif

Bahan-bahan ( 8-10 org )

1 paket agar-agar saiz besar (aku guna 1 paket yg kecik tu yg lembek tu! adoi!)
6 cawan air
2 cawan gula ( aku gune 1 cawan gula je sbb xsuke manis sangat)
2 sudu besar tepung kastard
1 camca besar serbuk koko ( aku gantikan dengan pewarna merah)
1 biji telur (aku guna 2 biji telur. suka suki aku je kan! haha )
1 camca kecil esen vanila 
1 camca kecil perasa oren (aku tambah sendiri!)
1 tin susu cair
secubit garam 


Cara-cara
  1. Didihkan air dan agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula,susu cair, esen vanila, tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air,telur yang telah dipukul dan garam.
  3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan.
  4. Bahagikan dua. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal.
  5. Tuangkan agar-agar kuning ke dalam acuan berselang-seli dengan warna coklat. Buat begini sehingga habis. Simpan di dalam peti sejuk.

* Aku bahagikan pada 3 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna merah, satu bahagian dicampurkan perasa oren dan satu bahagian lagi biarkan dengan warna asal... Jadi itulah hasilnye! 

Tunggu apalagi kawan2?? SELAMAT MENCUBA JUGAK YE!

Tuesday, October 25, 2011

Qizeqi dengan 'Kereta Baru'

Hai hai hai......!!! Morning!! Aku ngah makan Puding Kastard Marbel ni... Wah, itu pun nak bgtau kn??kn??hahaha. Macam sedap je kan? Pudding aku lembek..Agar2 tak cukup! Uhuk...Tp sempat lagi bekalkan untuk En Zorro buat pegi sekolah. Nanti aku upload pic puding tu ye!

Knape aku buat puding? Hari Jadi Qizeqi ke? Takde la... Suke suki je nak buat... Sebabnye... dah lame sangat terliur tengok2 resepi Puding Marble ni dalam tenet! Lega rasa dah lepas hajat.

Atceli maren aku gi shopping barang2 Aqif sikit. Al maklum la, die dah makin membesar baju2 yg ade dh makin sendat! Kesian pulak kat anak aku yg sorang ni memandangkan mase awal2 dulu kami jarang beli kan baju-baju baru untuk die sebab dah dapat sponsor dari sedare mare yg lain especially dari Ayah Chik... So, terjadilah hari shopping khas untuk Qizeqi je.... Baju 3 pasang + walker oke! Jom usha2 koleksi gambar kami kali ni pulak. (Bab bergambar serah ler kat kami.... Ahaks!)


Mummy duk sibuk pilih baju2 Aqif. Pantang tengok Sale! ^_^
Anak Daddy
White &  Black Na Na Na Na (Lagu MJ)

Aqif with kereta baru
Muka jebek + debo!

Mula-mula belai-belai dulu

Selepas itu, berair mata dah...

Akhirnye... Waa Waaaaaa!! Haha
Nakot sunggoh la budok kecik nih!

Mummy.. Nak mummy jugak!!
Tak mboh naek kete ni!! Takot!! Sob SOb Sob



 Begitulah pengakhirannya... Mula2 syok r tapi tak sampai bape minit dah mula la babak-babak sedih die... Hehehe.. Takpe Qizeqi, take ur time k, sayang....Muuuaaahhh!!! Sayang Aqif!!

Monday, October 24, 2011

EDISI KE 7

ALHAMDULILLAH.... Baru je dah settle Packing & Addressing parcel customer nih. Lega rasa. Sepatutnya hari Selasa pos tapi atas permintaan customer tersayang, kami sedia memberi khidmat! Nasib la takde masalah tikar macam minggu-minggu yang lepas. Letih wei!! Fuh... Jap lagi kami 'dating' dengan  Uncle Express pulak. Thanks to all yg always support our small bisnes ni... Tanpa u'olls, tak kemana lah bisnes kecil kami ni.... Also thanks to My Zorro yang bertungkus-lumus dari awal lagi...Love u !! Muaaahhh !!!

Pilih Jangan Tak Pilih! ^_^
Budak Bucuk Ni Pun Same Sibuk Nak Memilih
Good Boy, Son ! Besar nanti tolong Mummy k !
Qizeqi said "Mummy, please pick this one for me! I want too !
Ini lah hasilnya!! Banyak kan ?? Nasib Kastam Takde ! 
Dapat hasil kotoran sekali gara-gara hujan tak berhenti
Maaf ye En Zorro! Ahaks ^_^

Ni Hasil Edisi Ke 6 (Minggu Lepas Tak Sempat Nak Updated !
Minggu Lepas Punye! Not Bad jugak !
~Tenkiu Pd Yg Sudi Shopping dgn Mummy's Biz~

Wednesday, October 19, 2011

When 2 Sister Met!

Salam semua!! Baru je 2 3 hari tak updated blog dah resah gundah gulana. Macam banyak je yg aku nak updated ni...hehehe..1st, tengok la tajuk tu dulu..When 2 sister met!Ni bukan tajuk filem ni tapi tajuk ceritera hidup aku ni....Sister tu bukan adik2 aku yg kat kampung tu..tapi sister lain ni tau!

Ni lah sahabat aku dunia akhirat. Safinaz Ahmad atau aku panggil PNUT je! Cyg aku yg sorg ni dtg Kuching 3 4hr lepas...ade game Netball! Sonok sakan lah aku leh jumpe! Lama kot tak jumpe. Rindu giler saat2 pahit manis kat UiTM Arau dulu. Dia lah 1st kawan masa aku mula2 masuk UiTM dulu sampai lah dah beranak pinak aku ni still lagi kami kawan..siap dapat pangkat 'sister' lagi tau! Dah kalau umah die pon umah aku, mak die pon mak aku... Pangkat apa lagi kan yg seswai?? harta benda yg lain tak payah nak sebut lah kan..korang agak2 sendiri jela.. hehe... Pangkat 'sister' tapi aku adik ko kakak la Pnut...!!=) Klu nak citer ni mmg bnyk la kan, kompem2 tak abis nak menaipnye....So, jom layan gambar2 yg sempat di snap oleh My Zorro nih....


Asyik tido je Aqif ni..Aunty tembak kang! haha

K . A . M . I

Agak2 bile la pulak turn aku nak dapat baby jugak ye! Ahaks!

Love You Sis!!
Aqif tetap maintain lena!

Anak Dara, Anak Teruna & Mak Dara

Syok dengar Nanad citer!

Safinaz Ahmad a.k.a Pnut a.k.a Nanad

Suke Pic nih! Tq En Zorro!
Mmg kejap je leh jumpe. tapi even kejap mmg sangat bermakna! 1st time jupe mmg dh nk menitis airmata! Aku tengok mata ko pon cam same bergenang or aku silap tengok?ehehe...Taim tengok ko main Netball, terus aku terkedu babe...My Zorro dah bising2 sebab tension tengok GS asik buang bola je Katanya, sian GD tak duk diam save bola. Banyak plak die tanya tapi aku dah takleh cakap dah. Leh tunduk angguk geleng-geleng. Airmata je yg menitis...Can't tell how i felt that time! Seriously terlalu rindu saat sama-sama main Netball dulu & saat2 bersama dulu! huhuhuhu..

Moment lepas tengok game Pnut
Aqif moody la pulak!

K la... Stop dulu setakat ni... Anyway, thanks to En Zorro sebab sudi layan kami!hehehe..Syg awak sgt3!!! To Pnut, jaga diri leklok ye sbb kita dah jauh. Aku dah takleh nak jaga kau cam dulu2! Tapi percayalah disaat ko rasa ko takde sape2 dah yang leh tenangkan ko, aku ade...aku tetap ade untuk ko. tetap ada untuk mendengar segala celoteh, senda sendu ko, okay?! Love u mucchh2 sister...Kim salam kat mummy & other family member k! Daaaa.....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites